Saturday, November 17, 2012

My Sketches

I've been sick since 3 days.  but today I am finally almost fully recovered.


did you ever have fever plus cold plus sore throat plus asthma plus headache all at the same time? well.. I did.


this maybe will be a present for you!!!!


If you like these drawing, please leave a comment.. and leave your email 


Lucky readers will receive these ORIGINAL drawing 


I know it's not much, but, just something from me. Maybe there are values there.


see ya


Monday, October 22, 2012

Projek Baru

Assalamualaikum.. kawan2 sekalin...

minta maaf bebanyak sebab sekian lama gak aku tak update blog ni. Bukan apa, sebab aku tidak punya waktu luang untuk menulis sekarang ni. sibuk dengan kuliah lagi, study lagi dan juga sibuk dengan projek baru yang aku ceritakan ni kan..

Sebelum tu, nak uat kuiz dulu.. Cuba teka apa benda.

sambal......
ikan bilis......
telur rebus.....
timun........
kacang.......
nasi bersantan......

Apa dia? tiga saat dari sekarang... 1.......2.......3...... NASI LEMAK!!!! kan?
(bongok betul ko ni adel)

Diulangi... nasi lemak. Satu sajian paling popular dalam kalangan orang Malaysia, tak kira dimana jua berada. Selalunya dihidangkan untuk sarapan pagi.... Okay.. begini kisahnya, minggu lepas, sehari selepas aku punya last entry, aku mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual nasi lemak di kuliah aku. Alhamdulillah. Saja nak cari duit sikit-sikit..(yelah, nak menantikan blog aku ni jadi popular dapat beribu2 sebulan dari nuffnang tak ke mana..) haha... sementara tu aku buat sikit2 nasi lemak. Jual kat kuliah.

Tapi akibatnya, aku terlalu busy setiap hari dan I'm not gonna lie to you. I am always exhausted dan kekadang tak cukup tidur. Sebab aku kena bangun awal setiap pagi untuk memasak.. (kekadang accident gak bangun lewat.. pastu masak terkocoh2)... Walaubagaimanapun semangat aku tak pernah pudar. Nak juga menjual.

Sebenarnya apa yang membuatkan aku bersemangat nak berniaga kecil-kecilan ni sebab aku fikirkan, aku ni dah agak tua dan senja dah. melihatkan kawan2 aku yang lain (yang tidak ambik medic) sudah pun bekerja dan mempunya sumber kewangan sendiri dan tidak bergantung kepada mak bapak. Sedangkan aku, perbelanjaan di Mesir ni, untuk wang saku, masih lagi diberi oleh ibu. Dan Yuran pengajian pula adalah hasil pinjaman. Maknanya bila aku habis belajar pun nanti, kewangan aku masih lagi negatif ratus ribu...

Sekarang ni mungkin kebanyakan daripada kita tak terfikir benda ni. Masih rasa enjoy dan sebagainya. Tak tahu lagi nyawa hidup ni setara mana boleh tahan. Entah esok entah lusa mati. Dalam keadaan berhutang. Jadi, aku rasa, kan bagus kalau aku berusaha sedikit sebanyak untuk menampung perbelanjaan sendiri. Walaupun hasilnya taklah sebanyak mana, tapi bolehlaaah, nak buat2 beli kredit dan buat tambang taxi dan bas. Makan untuk sehari lepas dah. Yelah, kita bila masak untuk menjual, makan pun makanan yang kita masak tu lah.

Kalau kita tengok cerita2 orang yang berjaya terutamanya yang berasal dari golongan miskin, pastinya kita akan jumpa, yang diorang ni bila masa belajar mesti buat kerja part time. Mesti akan terbaca kisah kesusahan mereka masa menuntut ilmu. So aku fikir, inilah masanya nak uji kekentalan jiwa aku dalam menempuh ujian di dunia nih. (Tetiba rasa sebak)

Kesian Nasi Lemak Aku.. menanti orang beli
Okaylah

Tapi best gak meniaga ni tau. Rasa puasa tengok hasil titik peluh kita sendiri.


Segmen Gambar Takde Kaitan:

kesesakan lalu lintas di pagi hari.

masa dalam kuliah..prof tengah mengajar kt depan


Ambik gambar dari dalam uni masa tengah tunggu nasi lemak.

Sekian terima kasih.




Sunday, October 14, 2012

Mencabar Diri

Assalamualaikum..

Besok, tanggal 14 hb 10 2012, insyaAllah aku mahu bertindak menjawab cabaran diriku sendiri untuk sedaya upaya mencuba, hidup berdikari..

Lama dah aku becita2 untuk buat sesuatu yang boleh menguntungkan diri aku dan juga harapnya untuk orang lain..

InsyaAllah. Esok aku akan cuba upload gambar... InsyaAllah semoga dipermudahka..

Semakin hari semakin tua. kena rasa bagaimana hidup sebagai orang dewasa. Kan?
So cabarlah diri sendiri.. Dan bertindak sedaya mungkin...

Korang yang membaca mesti tertanya2 kan, apa yang aku merepek ni. InsyaAllah, besok aku akan story lagi. Okay..

Stay tune..

Monday, October 1, 2012

Kekucing

Assalamualaikum..

Tadi aku tengah tengok cerita.. Tetiba aku terdengar bunyi loceng pintu berbunyi.. Aku pun bukak pintu.... Nak tahu apa aku nampak? This....:


Tengah dok picnic depan pintu. Abang, ibu kucing, dan dua ekor anaknya.


Korang mesti rasa pelik kan? siapa yang agaknya tekan loceng tadi? Aku pun tak tahu..Si Abang kot.. Ke si ibu tu. Haa, ni lah kucing2 yang aku cerita ari tu.. Yang masuk rumah aku tanpa izin tu. Kecuali Si Abang.


Kenapaah kucing ni tak reti posing... Cubaaa lah pandang kamera..

Haaa.. Nilah anak kucing yang gigit jari aku hari tu.. Yang warna oren putih tu.. "You remember me?" dia cakap.

Ini adik beradik dia yang bagi aku lagi cute dan lagi baik..
Si Abang
Si Abang tengah posing.. Berehat la tu.


Sunday, September 30, 2012

Tahun Baru, Semangat Baru..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, beberapa hari lepas, sudah pun pasti dan berjaya aku naik tahun 4... setelah punyalah lama menanti dengan penuh perasaan dan perasan yang bercampur-baur. seronok dan semangat rasanya nak belajar di peringkat yang baru. Tak gitu? (apasal aku selalu celahkan pertanyaan "tak gitu?" ek?)

Pastu semalam punya cerita, pertama kali masuk kuliah Ophtalmology kat hospital hussein:

profesor 1: ophtalmology is bla bla bla endoscopy bla bla bla stetoscopy bla bla bla minum kopi bla bla  cornea and korea is related bla bla bla ... And so many terminology and bla bla bla exophtalmus and tarmus and bla bla bla.. thank you, good bye....

Aku: eemm err.... excuse me..what?

Sampai hati dia buat aku cam gitu... Tidak sempat untuk diriku yang lemah ini untuk memproses segalanya... Punyalah laju dia ngajor, aku bagitahu jiran kau Jah... Redha jelah aku. Nak wat caner lagi kan?

pastu masuk pulak profesor kedua untuk kelas praktikal..(by the way, nama dia sama dengan nama aku. Kat mesir ni nama aku agak ramai populasinya di sini.. Tensyen lah. Tak glemer ana gini..)

profesor 2: How to spell ophtalmology.. say with me O...P...H...T...A...L...M...O...L...O...G...Y... Very good! Now, lets spell....
Aku : Aduuhhhh, bila nak abis ni? (sambil tangan tak tertahan nak terangkat untuk mintak permisi keluar dewan, nak bawak beg sekali..)

Mungkin silap aku jugak, sebab malam tu aku hanya tido 2 jam..Tapi tahankan mata jugak nak gi kelas. Semangat tahun baru katanya.. Alhamdulillah...

Aku duduk dalam dewan "Ophtalmology Department" yang kerusinya ala-ala  kerusi kapal teghobang.
By the way, gemuknya aku dalam gambar ni.. Down lah. Nak remove baliklah gambor ni. huk huk............. ........................................ (berhenti menulis seketika).............................................................................

Sob sob....

Okay.. I am back (dengan muka senyum paksa)

Jadinya, punyalah semangat aku tahun ni kan, tadi sanggup pegi memborong segala buku yang ada di kuliah. (Harap-harap baca habis.) Dan harap-harap juga semangat aku akan terus berkobar-kobar.

Ni buku-buku yang aku beli tadi.. Haaaa, Wajib kena sumbat dalam kepala otak semuanya sekali..

Mengikut ukuran ketebalan pulak (adoooiiii, banyak nye nak kena ngaji)

Anyway, tahun ni nak usahakan untuk menurunkan kadar ponteng.. haha (by the way, kepada kengkawan sekuliah aku yang baca ni, besok dan malam ni adalah my "laundry day".. So kemungkinan besar aku tak gi kuliah besok..) sowwy..

Apa-apa pun seronok rasanya dapat belajar benda baru. Tadi belajar Community Medicine... Tahun 4 ni dah agak relax sikit kuliahnya. Tak memenatkan sangat.. Sebab kelas sekejap-sekejap je. Otak relax sikit..Sehari satu subjek je.

Ingat tak entri aku pasal kucing ari tu? Aaaa ni lah kucing nyer. Yang duduk kat bawah sikit tu si ibu Yang tak berakhlak tu. Yang atas tu sebenarnya anak pertama dia yang dah besor.. Aku panggil dia "abang" sebab dia anak sulong.. Baik jer si Abang ni tak macam ibu dia.
Okay.. Nanti aku menulis lagi.. Ada nak cerita lagi nih.. Tapi next entri okay.....Anyeong

Sunday, September 23, 2012

City Star, Cairo, ( Picture Time )

Tajuk: City Star ( Tempat Yang Membuatkan Aku Hampir Bersumpah Taknak Pergi Dah )

Actually this is not the first time I went there... Dah banyak kali jugak.. Tapi setiap kali pergi, mesti ada sebab yang membuatkan aku tension kat situ. Dahlah di Mesir ni dah takde tempat menarik dah nak pergi.. Huh. Anyway, aku try nak buat sebanyak mungkin entri selagi boleh, sebelum something came out.


Saja jenjalan tengok2 walls.....



Ni plak, gambar kat foodcourt.. It was soooo crowded.. masih ada lagi orang yang berdiri menunggu tempat duduk available.



ni pun kat foodcourt... tu yang korang nampak orang berdiri sume tu, tengah tunggu tempat duduk.. betapa ramainya orang.. tak kira waktu..


Nampak tak kedai tulis panda house tu? tulah kedai yang bila ajer aku pergi City Star, aku akan makan dari kedai tu. Macam xder benda lain kan? padahal banyak jer kedai lain..

Okay, tu jer lah tour aku ke City Star Cairo... actually aku ada ambik gambar agak banyak gak, tapi terlupa nak tekan save kat henset.. Bongok jer.

Saturday, September 22, 2012

Pengumuman Penting

Assalamualaikum....

Banyak sebenarnya "Details" yang tidak aku sisipkan dalam blog ni. Macam mana "Hari Raya Aidilfitri" aku yang lepas... Macam mana "Ramadan" aku yang lepas. Kalau nak diikutkan, pasti ada events yang menarik kan? Tapi aku tak berkesempatan nak bercerita dalam blog ni. Honestly, takde cerita menarik sangat pun. Tu yang rasa malas nat ceghita tu. Hikhik..(gelak sambil tutup mulut..) Anyway, raya haji pun dah dekat.. Apa kata aku cerita masa hari tu ek...

Ada beberapa cerita menarik berlaku sehari dua ni kat aku, semuanya dalam dunia cyber ni. Menjadikan hidup aku bertambah warna-warni. (keles gitu).. Okay cerita pertama..

Semalam, hari seperti biasa, semasa aku dok bermain-main laptop, surf-surf internet. Main facebook, tengok youtube, tiba-tiba, grrrrr, sedetik henset samsungku yang canggih itu bergetar. Aku kaget. Apakah itu? Aku pun menatap skrin hensetku itu dengan penuh kasih sayang. Rupa-rupanya aku menerima e-mel dari seseorang yang tidak aku kenali. Lantas aku membuka e-melku menggunakan laptop. Setelah aku baca dan fahamkan, oooooohhhh, AKU TELAH DI INVITE DI YOUTUBE UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN "WORLDVIDEOTALENT" berdasarkan salah satu video aku di youtube.

Okay pertandingan ni khas untuk penyanyi-penyanyi youtube amature diseluruh dunia macam aku ni, untuk sertai. Aku bukan kata aku akan sertai. Belum pasti lagi. Rasa juga berminat. Tapi tengoklah. Cumanya, korang jangan ingat orang yang diinvite jer yang boleh ikut serta.. SESIAPA pun boleh. Kalau korang rasa ada bakat menyanyi dan tidak malu untuk merakam dan menguploadnya ke youtube, silakanlah sertai... Boleh jer.

Cara-caranya..........aku pun tak tahu. Silalah klik link yang disediakan dan bacalah sendiri menggunakan ilmu bahasa inggeris yang anda telah pelajari sejak tadika lagi. (ngeh ngeh ngeh )
Anyway, aku belum tentu nak masuk. Tapi rasa jugak nak masuk. Tengok keadaanlah.. Apa-apa berita, stay tune...akan diberitahu. Okay.

Okay, habis cerita pertama.
Sekarang nak cerita pasal pengumuman pulak..

Okay, pengumumannya RINGKAS, iaitu......
Kemungkinan besar, akan muncul BLOG kedua....
tunggu-tunggu...ada lagi....
Kemugkinan besar akan ada Youtube Channel yang kedua...
tunggu-tunggu...emmmm, takde dah.. (heh heh)

Sebenarnya dah agak lama aku merangka-rangka idea untuk benda ni... Ataupun PROJEK ni.. hehe... cuma sebab malas dan keadaan yang tidak mengizinkan, aku tak boleh nak bertindak apa-apa. Jadi memandangkan langit semakin terang tanpa awan, yang telah beredar pergi, maka aku pun semakin serius nak laksanakan PROJEK ni. Walaupun, sememangnya seratus peratus belum pasti lagi. Baca ayat di atas KEMUNGKINAN okay KEMUNGKINAN... Maka, tak pasti lagi..

Apakah projek itu?
Akan direveal bila PROJEK tu lahirlah. Tak boleh nak cakap banyak.. hu huk

Okay nak nyanyi sikit..
Hooooo wuwuuuuwooohhhh,,,
Yeaaahhhhiiiiyeahhhhhh
hooowoowooooyeaaaaaiiiyeeaaahhhh..
I need a, tough love yeah... yeah ii yeahh
I need a, tough love.. wuuuu uuh  (nyanyi sampai habis)

tata.... 

Wednesday, September 12, 2012

A Bloody Night, Attack Of The Cats

Pukul 1.00 pagi, malam yang sunyi... Mata yang masih belum lena memerhatikan skrin laptop yang masih bercahaya.

Haha, gempak gitu.. tapi siyes citer ni tak tipu... Apa yang aku tulis kat atas ni memang betul, cuma mood dia serius sikit.  Okay, sambung dengan gaya santai...

Masa aku tengah dok dalam bilik senyap-senyap tak ganggu sesapa, main laptop dan sebagainya lah kan. Pastu aku keluar dari bilik sebab nak ke dapur (lupa dah kenapa nak ke dapur). Bila jer aku bukak pintu dan menjulurkan kepala keluar, aku dengar bunyi "berdesup" (macam bunyi sesuatu berlari untuk menyembunyikan diri bila terkejut. Dan aku ternampak kelibat kecil yang bergerak sangat laju macam pelesit masuk ke ruang bilik kosong roommate aku) Aku agak tak heran, sebab selalu sangat aku ternampak kelibat kecil macam tu dalam rumah, selalunya tikus. (By the way, kat mesir ni banyak tikus. Ada yang sebesar lengan. siyes tak tipu. Tak caya, kepada warga mesir, cuba pergi pasar ikan waktu malam. Korang boleh tengok sekampung tikus beso-beso semuanya...) So aku jalanlah buat selambe jer pegi dapur. Baru dua langkah..........

Aku nampak seekor kucing duduk dekat dengan tong sampah di dapur aku. Muka dia macam tengah panic ( Ala kucing pun tahu yang dia buat tu salah, masuk rumah orang senyap2, pastu masuk dapur, sepahkan tong sampah. So bila kantoi, mestilah muka panic.) Dan dengan keaadaan bersedia nak pecut melarikan diri. ZoooooOOOOOmMMM dia lari masuk bilik housemate aku pastu keluar melalui celah pintu dari dalam bilik tu. Aku tak sempat buat apa2 sebab dia laju sangat..( Well.. what do you expect? ) So selesai dahlah satu hal.. ( At least I thought)

Sekali tetiba, aku nampak 2 ekor kucing lagi dalam bilik housemate aku yang kosong (penghuninya balik Malaysia) 2 ekor ni anak kucing lagi, umur 2 bulan gitu. (Aku tahu sebab aku yang besarkan diorang.. Haha.. Yang kucing besar yang dah lari awal2 tadi tu ibu dia. Yang dua ekor ni anak. Bukan aku besarkan lah, masa yang dua ekor ni lahir dulu aku dok bagi makan jugak ke ibu dia. But still, ibu dia ni bagi aku adalah kucing yang tak berakhlak dan takde adab. Dah la kucing liar terbuang. Kira baik aku bagi makan sebab kesian dia tengah menyusu anak. Still lagi dia cari peluang nak masuk rumah aku curi makanan)

okay sambung cerita...

Aku pun pergi masuk bilik tu sebab nak tangkap dia nak letak luar. Agaknya sebab diorang tahu diorang dah buat salah kan, masuk tanpa izin. Pastu terkejut tengok mak dia lari ketakutan bila nampak aku. Pastu memang appearance aku yang nampak fierce dan ganas ni, dia pun takut. Muka panic badan mengecut. Aku cuba panggil lembut2 mula2, "meow..meow... chet chet chet.... meow...meow.." pastu aku jalan slow2 ke arah diorang. Tapi tak berjaya. Diorang lari jugak dari aku. Pastu aku cuba jugak tangkap yang sekor nih. Punyalah laju diorang lari. Biasalah anak kucing kecik. Aku tensionlah.

Pastu, sebab diorang bergerak laju, aku pun terpaksalah lajukan tangan aku bila nak tangkap diorang. Akhirnya aku dapat tangkap yang sekor ni, Agaknya sebab pergerakan tangan aku yang laju tu, bila aku dapat pegang badan dia dia terkejut agaknya, dia ingat aku nak lanyak dia kot. Punyalah dia menggelupur dan menjerit sekuat hati. ( Habis calar2 tangan aku yang mulus ni ).. So terus aku letak kat luar rumah.

Ni gambar salah sekor anak kucing tu.. Ni masa dalam sebulan lepas.. masa ni dia kecik sikit. Sekarang dah agak besar.

Pastu aku pergi lagi masuk bilik tu nak tangkap yang sekor lagi tu pulak. Punyalah dia lari lintang pukang.. Letih aku mengejarnya (ada dah kurang sekilo ni ha) Tension betul aku. Dia menyorok lagi di sebalik celahan perabot lah celah kotaklah. Akhirnya aku dapat pegang dia.  Aaaa ni start dah horror dah..

Agaknya sebab dia terkejut tengok mak dia lari ketakutan. Pastu dia trauma pulak tengok adik dia kena ambik ngan gergasi ni, pastu kena lanyak agaknya (dalam fikiran dia la.. Kan selalu bila orang trauma, dia fikir worse scenario) Punyalah lagi dahsyat dia menggelupur macam gila punya. Aku cuba cubit belakang tengkok dia ( Kucingkan selalu ditenangkan oleh ibu dia dengan menggigit belakang tengkok, selalu bila si ibu nak angkat anaknya ke tempat lain. Bila dia gigit belakang tengkok tu, si anak akan merengkot diam..) Tapi dalam kes aku ni, cara tu tak berkesan. Masa tu aku guna tangan kanan cubit belakang tengkok dia. tapi still dia menggelupur macam @#@%... Aku dah mengetap bibir. Pastu aku try guna dua tangan. Aku guna tangan kiri genggam badan dia..( applying pressure on large area of body can decrease muscle tone thus decrease sympathetic activity..will calm people/animal down. Usually use on cow before slaughtered in western country..) Malangnya tetap juga tak berjaya. Masih jugak dia menggelupur dan menjerit. Pastu tiba-tiba.......

Dia gigit jari tangan kanan aku.. NGAPP!!!....Aduh... Korang mesti kata "alaah, kena gigit anak kucing jer pun.. apa lah sangat kan.."
Okay, korang agaknya selalu kena gigit anak kucing bila tengah main maja-manja dengan kucing kan? Okay TAK SAMA.. Punyalah sakit bila dia gigit tu, in instance bila dia NGAP tu, darah menitik dari tangan aku..


Gambar kat atas ni menunjukkan darah aku yang gugur ke lantai.. Punyalah kuat dia gigit dan punyalah sakit aku rasa, aku hampir2 nak menjerit. Tapi aku tak jerit sebab bajet macho lagi. Padahal dah rasa nak nangis dah. Aaaa, bayangkan, cuba korang gigit jari korang sampai keluar darah ( yelah, takkan nak suruh kucing tolong gigitkan tangan korang kan. hebat beno kalau korang boleh suruh kucing buat gitu..) barulah korang boleh bayangkan betapa sakitnya aku rasa bila kena gigit tu.

Itu darah yang menitik ke lantai..Tak kira lagi darah yang berlumuran di jari aku yang horror giler masa tu.  Bila aku dah campak keluar rumah kucing tu aku pegi basuh tangan aku kat sink. Punyalah banyak darah keluar macam dah dalam filem thriller dah (exagerate sikit)..  Bila dah basuh, darah masih kuar lagi dari bekas gigitan tu. Tangan aku dah menggeletar. Macam trauma pun ada sikit. Aku cuba balut dengan tisu sampai kering..

 
kesan darah pada tisu


tak nampak sangat kesan gigitan yang dah kering



Begitulah kisahnya aku diserang anak kucing.. Haha.. tapi siyesly, kejadian ni adalah traumatic event yang kedua berlaku kat aku dengan binatang kecil. Dulu aku pernah kena serang dek ibu itik yang tengah melindungi anak-anaknya yang baru menetas. Masa tu aku kecik lagi. Tapi aku ingat yang ibu itik tu terbang ke arah aku pastu dia serang bertubi2.... Haha

OKAY MORAL OF THE STORY

1. Betapa kecil dan lemah pun sesorang tu, tapi apabila diganggu dan dipijak-pijak pasti akan defence balik diri dia sendiri walau sebesar dan sekuat mana pun lawan dia.

2. Jangan pandang rendah kepada makhluk yang lemah!





Tuesday, September 11, 2012

IT'S NOT TOO LATE

Assalamualaikum to all my readers yang punyalah sabar dan setia menanti dan membaca juga blog ana (ehem ehem) ni, walaupun dah berlapuk tertinggal tak di update...

Bukan apa,ana busy (ehem ehem lagi)
Busy lah sangat! Tido jer... haha,, iyelah, rasa malas nak fikirkan idea menarik kan?
kita bila menulis biar yang berisi dan menarik. baru orang suka baca. Tak gitu...

Anyway, bebaru ni, aku tiba2 dilanda dilema yang besar... Mmmmm, bukanlah dilema pun.. macam mana nak cakap ek? benda ni memang selalu jadi pun kat aku..
Gini...

Korang pernah tak cuba nak buat sesuatu yang memerlukan keazaman yang tinggi dan memerlukan tempoh masa yang agak panjang kan, pastu bila tengah dalam perjalann tu, korang rasa putus asa. korang rasa lemah semangat... pernah? aaaaa.... Senang kata, hangat-hangat tahi ayam la. Mesti pernah kan?

Opkos laaa, kita ni manusia, sekuat-kuat hati, sekuat-kuat iman pun senipis kulit bawang... tak gitu? 

Jadi sebab tu lah, kita kena cari, di mana kekuatan kita. Semoga kita kuat dalam menempuhi cabaran dalam mencapai impian kita..

Aku bukan nak bagi tips ke apa ni, sebab aku pun sama jer, LEMAH.. ada masalah ni..
Tapi mungkin dengan apa yang aku tulis ni, boleh membantu sedikit sebanyak kepada pembaca idea kasar, macam mana nak melahirkan DETERMINATION yang kuat.. (sorry kalau salah WORD.)

1. Mula2, kita kena nampak GOAL kita...Cuba bayangkan dengan jelas goal kita... Contoh kalau macam korang yang tengah berdiet nak kurus tu (ehek ehek terasa) cuba bayangkan dengan jelas dalam minda korang, kalau yg perempuan tu, nak badan macam beyonce ke Naomi supermodel ke... kalau yamg lelaki nak badan berketul macam hugh jackman ke.. Gitu.. biar jelas Goal kita.. Itu contoh la.. banyak lagi contoh lain. Kalau nak berhenti merokok ke, nak kumpul duit ke, nak jadi kaya ke, dan sebagainya... 

2. Yang kedua, Buat research dan cari ilmu pengetahuan yang berkaitan... Contoh kalau yang berdiet nak kurus tu, cari tahu tentang pemakanan yang sihat, yang membantu untuk proses mengurangkan berat badan. Kalau mampu, cari pakar pemakanan ke..  ini contoh ek... kalau contoh2 lain tu, pandai2 lah fikir apa pengetahuan yang berkaitan dengan Goal anda.

3. Yang ketiga, cuba cari kawan yang mempunyai Goal yang sama macam kita. Dengan ini, anda tak sendirian ketika sedang menghadapi cabaran atau dugaan.. Contoh kalau yang tengah study untuk exam final tu, cuba cari kawan untuk study sama2 dan menyokong kita bila kita lemah. Yang boleh memberikan kata2 semangat kepada kita dan yang kita boleh tolong bila dia pula lemah.

4. Yang keempat, cuba cari BAHAN MOTIVASI atau MOTIVATIONAL ITEM... Okay, selalunya berbentuk gambar atau video atau sebagainya... Contoh ek, ada seorang budak gemuk ni, dia suka tengok citer Korea, lagu2 kpop dan sebagainya, hinggalah dia terfikir nak jadi kurus dan hot macam orang2 Korea. So bila dia tengok video yang berkaitan tu, dia akan jadi semangat nak diet dan sebagainya. ( ni contoh je ek, please don't judge me by this) Contoh lain, seorang yang tengah belajar di luar negara, untuk mendapat keputusan yang cemerlang selalu menatap gambar ibu atau ayah mereka untuk menguatkan semangat mereka supaya rajin belajar.. 

5. Yang kelima, cuba cari "Magic Phrase" untuk kita bagitahu diri kita sendiri bila saat kita lemah dan nak putus asa atau lagi teruk, sudah tergelincir sedikit dari yang sepatutnya... In this case, aku ada satu ayat yang bagi aku cukup berkesan untuk diri aku, iaitu: IT'S NOT TOO LATE. Entah kenapa macam dalam sangat maksud ayat ni bagi aku. So, cuba cari ayat apa yang berkesan untuk korang. Kalau ayat ni berkesan untuk korang, guna jelah. bukan aku ada copyright pun. "It's not too late untuk aku study ni..It's ot too late." "It's not too late untuk aku diet dan kuruskan badan ni..It's not too late" "It's not too late nak berhenti merokok ni.." "It's not too late nak bertaubat ni.." Dan sebagainya..

6. Yang keenam, last but not least, doa dan tawakkal supaya Allah sentiasa merahmati kita, dan sentiasa memberi pertolongan kepada kita saat kita memerlukan, saat kita susah dan saat kita lemah. Dan selalu memberi kebarkahan dalam segala usaha kita.

Okay semoga bermanfaat.. Wassalam


Tuesday, September 4, 2012

Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum...

dah sebulan lebih aku tak berjaya untuk menulis apa2 entri dalam blog.
Tapi menyepinya aku ada sebab. Ada perkara yang berlaku yang tak boleh aku elakkan.

But, I am impressed. Despite of no new entries written still there were people who reab my blog almost everyday.. I am impressed.

Anyway, just so you know.... I am back. Kembali menulis. InsyaAllah akan istiqamah.

Tapi kena cari idea menarik dulu la nak tulis apa kan?

Okay

Haha

Friday, July 20, 2012

Anak Kecil

Assalamualaikum... Hari ini di Mesir 20 Julai 2012 bersamaan dengan 1 Ramadhan, iaitu bermulanya kami di sini berpuasa.Terfikir-fikir sudah terlalu lama tidak menulis entri, lalu hari ini aku gagahkan tangan yang sekian lama jendera ini untuk menulis sesuatu untuk perkongsian. Di samping berlatarkan waktu yang penuh barakah ini bersokong janji dariNya yang segala amalan yang baik di bulan ini akan dilipatgandakan balasannya, lantas aku mahu menulis sedikit dengan harapan menjadi sesuatu yang baik untuk dikongsikan.

Aku melihat anak-anak kecil pada hari ini dibiarkan bermain-main sesuka hati kerana fikir si ibu, "biarlah, fitrah anak kecil suka bermain." lalu kata si bapa "anak kecil begini boleh buat apa lagi? Kalu tidak bermain tidur pula dia," atau makanlah dia sesuka hati dia. Kerana begitu fikirku, dogma sebegini sangat salah. Biar aku jelaskan.

Aku masih ingat cerita-cerita sang kancil dan buaya yang diceritakan cikgu ketika umurku 8 tahun. Aku juga masih ingat dongeng-dongeng yang direka oleh rakan-rakan kecilku yang ironinya pada ketika itu, sama sahaja bodohnya dengan diriku. Kata mereka pada suatu malam yang hujan, mereka lihat satu kepulan yang berbentuk figura seperti seekor tikus dengan ekor yang panjang dan mata menyala-nyala berapungan di ufuk barat langit yang kelabu. Kata mereka semua penduduk di kampung mereka gamam dan menyaksikan kejadian tersebut. Namun yang pelik, aku tidak tahu pun. Masih juga aku ingat momok-momok cerita hantu yang dikhabarkan sepupu-sepupu dan kawan-kawanku, yang hantu itu begitu dan hantu ini begini. Iya, sepertinya mereka itu yang menurut ingatan aku lebih pengecutnya daripada aku, pernah melihat hantu itu dan ini. Lucu mengingatkan bagaimana mereka menjelaskan yang sifat hantu itu begitu begini dan jika mahu menghalau hantu itu mesti begitu begini. Namun...

Apa yang berlaku, hinggakan hari ini, aku masih lagi 30 peratus percaya dengan segala yang aku tahu ketika aku berumur sekitar 7 ke 14 tahun. Luar biasa bukan?

Jadi, apa yang ingin aku sampaikan adalah, ketika anak-anak kecil ini seusia 7 ke 14 atau sebagainya, otak mereka masih dalam fasa menerima dan tidak menolak. Masih lagi dalam fasa belajar. Jadi apa yang kita isi ke dalam pengetahuan mereka ketika usia inilah yang bakal mereka ingat sehingga mereka dewasa. Yang bakal mereka percaya selama-lamanya.

Jadi, sebalik daripada menakut-nakutkan mereka dengan cerita hantu yang tidak masuk akal, bukankah lebih baik ajarkan mereka ilmu Hadis, ilmu Al-Quran. Ajarkan Akhlak dan Feqah dengan benar-benar. Tidak cukup dengan menghantar mereka ke sekolah dan diajar ustazah dan ustaz di sekolah, kemudian sepulangnya mereka ke rumah, dibiarkan sahaja mereka menonton cerita kartun dengan berlebih-lebihan di kaca TV. Pupuklah minat mereka menghafal al-Quran dari peringkat awal. Percayalah, tidak perlu ke sekolah tahfiz untuk menghafal al-quran pada usia kecil begitu. Percayalah. Kerana minda anak-anak ketika itu sangat muda dan segar. Mudah untuk mengingat. Aku masih ingat ketika umurku 12 tahun, aku dipilih untuk mewakili sekolahku ketika itu dalam pertandingan tilawah alquran. Lalu aku selalu berlatih membaca ayat-ayat al-Quran sebanyak hampir dua muka surat secara berulang-ulang, hingga beberapa hari. Akhirnya dengan sendirinya aku terhafal ayat-ayat tersebut keseluruhannya tanpa mencuba pun. Nah! Lihat, bagaimana mudahnya mahu menghafal ketika usia muda begitu

Begitu juga pentingnya kepada bakal pendidik yang dipilih adalah benar-benar layak dan berkemampuan untuk menjadi seorang PENDIDIK. Bukan hanya guru bahasa melayu, atau bahasa inggeris, matematik dan sains sahaja. Seorang pendidik yang tahu asas agama yang boleh benar-benar mendidik anak-anak kecil kita. Sedih ketika aku mendengarkan yang penuntut-penuntut di MAKTAB PERGURUAN yang gemar meneguk minuman beralkohol, mengamalkan hubugan kelamin bebas ketika mereka menuntut. Mereka-meraka inikah yang bakal mendidik anak-anak kecil kita nanti? Mahukah kita?

Anak-anak kecil pejuang agama.

  

Tuesday, July 3, 2012

Egypt Eat Eat Special 2

Assalamualaikum..

Tetiba kan, bila dah habis exam, rasa malas pulak nak berblog.. ummhh.. penyakit-penyakit!!! Tapi hari ni, cuba juga tulis entri baru dengan source yang tak seberapa.. Apa-apa pun asal ada..

I am sorry guys.. I know so many of you keep waiting new video from me but really not gonna happen at this moment. Walaupun aku memang ada idea nak buat video cuma, nak buat video ni bukan semudah yang disangka. Aku kalau boleh bila nak buat tu, biar betul2 jadi, betul2 gempak. Bukan macam video2 yang aku buat sebelum ni yang entah apa2 (terlintas jugak kadang2 nak delete jer video2 dalam youtube tu) because I keep feeling there is something lacking.. The audio, lighting, video, they are just don't go... So, before I found    the solution, there will be no video for you guys.... hehe.. But do not worry, I'll make sure I come back.

Okay, kembali kepada tujuan utama entri.. aku nak letak gambar2 makanan kegemaran aku di Egypt. Aku ada masalah sikit nak ambik gambar makanan2 ni, sebab bila nak ambik gambar, tentulah kena makan kan. So, sebab keadaan yang kurang mengizinkan tak bolehlaa asyik nak makan jer.... aku beringat2 jugak..




Fatiroh Bisyikolata
(fatiroh/roti canai coklat)

Ini adalah salah satu kegemaran aku sepanjang masa.. Best!! Dalam dia ada custard pastu kat luar dia ada coklat.. memang best.. Kepada penggemar coklat dan makanan manis pasti suka. Tapi kepada mereka yang berada di Malaysia, aku tak dapek nak nolong. Orang malaysia mana ada buat macam ni. Sekali ada! Malu aku.

Jadi, nak cerita sikit, "fatiroh" ni literally roti canai lah kalau kat malaysia. Rupa2 nya orang Mesir bukan main terer lagi menebor roti canai.. Tak mainlah roti canai yang kecik2 sete'ot macam kat malaysia tu, yang makan empat keping pun belum tentu kenyang. Kat mesir ni "fatiroh" dia besor-besor.. ade yang sebesor dulang hidangan tu hah.. Sepuluh orang makan pun belum tentu habis...
Jadi fatiroh nih, bukan jenis manis jer ada, korang boleh beli fatiroh sardin, fatiroh daging, fatiroh ayam, fatiroh telur dan macam2 lagi...
Tapi, takkanlah aku nak beli semua semata2 nak ambik gambar untuk blog nih kan.. Korang imagine sudah ler.. aku dah bagi contoh, korang imaginelah.. haha
Yang penting, Fatiroh ni sedap!! A plus plus plus...

Crepe/Krep
(sori dah tergigit)



saja nak tunjuk dalam dia yang penuh dengan isi ayam dan keju mozarella 
nyum nyum!!

Ini crepe atau krep, literally bermaksud lempeng... Crepe ni makanan yang popular di seluruh dunia (tak tahulah Malaysia ada tak) kat mesir ni pun baru-baru jer jumpa.. sebelum nih tak ada pun... 

So macam mana nak describe ah? 
Um, crepe ni pun ada pelbagai pilihan inti... ada coklat, ada ayam, ada daging, ada buah-buahan, ada macam2 lah. Tapi setakat ni, yang inilah kegemaran aku... Dalam dia ayam bersalut tepung goreng yang ala2 macam nuget sikit.. Pastu ada mozarella cheese, umph, memang sedap. cuma masa aku beli yang kali ni spoil sikit sebab terlebih masin... Tapi still OK lah.. 

Huhu.. anda2 yang di Malaysia, sorilah kalau aku buat korang terliur kan.. Tapi, korang boleh jer buat sendiri. Kretiflah sendiri cuba buat. Yang crepe nih, tepung dia siyesly hanyalah lempeng. pastu yang fatiroh tu, roti canailah. kalau korang teringin sangat cubalah buat.. mana tahu boleh perkenalkan kat Malaysia. hehe

Okay chaw dulu....babaiiii..............

Thursday, June 28, 2012

Talk To Yourself? Are You Crazy?

Hallooooo... Yooohoooo... haha..(mood giler dah datang )

Assalamualaikum... saya ucapkan...
Awesome!!! Dah makan?

Haha.. korang apa khabar? I am sorry my few recent entries kinda skema kan? Nak wat camne aku ni memang ada banyak personaliti.. so many side of me..haha... macam schizophrenic plak kan. xdelah.. ada masa kita kena suka-suka santai-santai... ada masa kita kena serius kan? Anyway jangan bimbang, nanti korang boleh pilih nak baca entri yang macam mana dengan cara pilih label kat sebelah kanan blog, kat paling bawah sekali. kalau korang nak baca entri yang ala2 serius sikit cari je kat situ.. pastu begitu jugak sebalik nya... Okay

Guys..Aku nak kongsi satu benda ngan korang. Gini... Emm.. aku sedar aku ni ada macam sedikit macam sickness tapi aku taknak anggap sebagai sickness, macam flaw lah. Aaaa gitu.. Huk huk.. Aku ni, em, kadang-kadang suka cakap sorang-sorang....

WHAAATTTTT????? Are you crazy??????

yeah... sometimes I also think that...

Gini... Selalunya benda ni jadi bila aku dok sorang2... Tapi kadang-kadang tak jugak. Macam mana nak cakap ek? 
kadang-kadang bila aku dok merancang2 contohnya aku cakap "nak makan apa ek.. kalau beli pizza best gak kan lagi pun semalan dah makan nasi.. ari ni makan pizza plak...bla bla bla" bila aku bercakap tu, aku tak berbisik sangat. Aku cakap jelas cuma sikit perlahan... yelah nak cakap ke diri sendiri. cukup-cukup kita dengar sudah la kan...

Itu yang pertama.. Yang kedua aku selalu suka quote dialog dalam movie ke drama yang aku tengok.... Aku quote lah, macam imitation lah jugak... aku cakap balik... berkali-kali, tapi yang paling takut, ada waktu-waktu, aku teringat adegan2 lucu dalam cerita sitcom (terutamanya friends, korang kan tahu aku suka friends) aku gelak sorang-sorang... pastu aku punya volume gelak tu berkadar terus dengan tahap kelucuan adegan tu.. kadang-kadang aku giggle jer... ada waktu aku gelak-gelak biasa.. kadang-kadang aku gelak horror punya style maniac punya yang ala-ala nenek kebayan atau witch tu. Haaaa, bayangkan, keadaan senyap sunyi, pastu tetiba adegan lucu yang amat lucu terlintas kat otak.. Pastu aku gelak kuat-kuat macam tak pasal-pasal... Kalau korang ade kat situ korang rasa takut tak? Haha..Kadang2 pikir seram jugak...

Pastu ade masa aku cakap gibberish entah apa-apa, aku pun lupa apa yang aku cakap. Siyesly... Selalunya jadi masa aku baru lepas tension, macam baru lepas jawab exam yang susah sangat ke... Aku cakap lah sesorang.... Aku gi dapur aku cakap sorang-sorang..pastu nyanyi-nyanyi entah apa-apa.. siyesly aku dah lupa dah apa yang aku cakap masa benda tu jadi... Padahal tak berapa lama dulu jer... Kan aku baru lepas exam nih.. So memang selalu sangat aku tension baru-baru ni... tapi aku tak ingat dah apa aku cakap. Haha.... Kadang2 aku cakap ngan kucing... Huhu.. Tu biasa sangatlah... 

Ehek-ehek, bila tulis macam ni dan baca semula, terasa macam serius pulak masalah aku ni kan? Sekali JIN... Jeng jeng jeng.....

Tak kot...Kalau jin selalunya jadi masa aku tido jer kot.. Huhu.. roommate aku dah biasa sangat dengor aku dok bercakap dalam tido dengan bahasa yang tidak difahami... haha, seram lah tu...
xder mende lah.

So tadi, sebab aku terasa sedikit concerned.... so aku pun buat sedikit research tentang masalah ni... Aku pun pergilah library negara (tipu giler)..aku google je lah.. so secara konklusinya ada beberapa sebab yang aku jumpa menyebabkan kenapa seseorang tu bercakap sorang-sorang.



1. Cuba nak yakinkan diri:

Contohnya macam korang nak pergi interview ke, atau nak oral exam ke, korang akan ulang-ulang sesuatu ayat berkali-kali kan. Contoh macam korang cakap "aku boleh buat! aku boleh buat!" macam tu. So perkara ni normal lah sangat-sangat.

2. Menyalahkan diri sendiri:

Contoh bila korang buat sesuatu kesalahan hinggakan jeopardized orang lain. Korang rasa menyesal dan rasa bersalah... Korang bertanya-tanya "kenapalah aku buat macam tu?" atau "kenapalah aku tak buat itu dan ini.." So pada masa tu korang akan dapat satu state korang bercakap sendirian jugak.

3. Kerana kesunyian

Kadang-kadang bila kita kesunyian atau sendirian, kita mula bercakap sendirian. Untuk memecah kesepian gitu. So memang biasa sesangat jugak nih. 

Pastu korang google lah sendiri yang lain lain nyer yeh... haha.. malaslah aku nak tulis banyak2 semata-mata nak menunjukkan aku ni buat homework sebelum tulis entri... tak kuasa ana. entum carilah sendiri yep...

Tapi apa yang aku alami tak termasuk yang di atas ni. Aku hanya bercakap sendiri bila, aku nak quote dialog, atau aku nak menyanyi ke, atau aku teringat scene yang lucu2 ke, teringat gelagat kawan2, atau aku tak puas hati ngan sesuatu benda.. aku akan bercakap sorang- sorang.

Yang penting jangan cepat buat kesimpulan orang yang bercakap sorang2 tu giler atau putus wayar.. hehe, even sometime I feel myself am..

anyway.. tata



Wednesday, June 27, 2012

Pulut dan Santan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
semoga kalian sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Semoga hidup kalian sentiasa diberkatiNya selalu dan sentiasa mendapat rahmatNya Yang Maha Esa.

bagaimanakah hubungan kita dengan saudara2 kita setiap hari? Baikkah? Atau tidak baik? Jika baik maka Alhamdulillah. Jika tidak baik maka bersabarlah. kerana itu adalah dugaan. Ujian Allah kepada kita untuk menilai kuat atau lemah keimanan kita terhadap Allah S.W.T.

Yang paling penting kita sentiasa menilai diri kita dari masa ke semasa. Sentiasa melihat kelemahan diri kita sendiri dan berubah menjadi lebih baik. Jagalah hak-hak saudara dan sahabat kita. Jagalah lisan sesama kita kerana lisan itu terlalu banyak durinya, terlalu hebat racunnya. Lisan adalah satu nikmat Allah yang sangat hebat, jika digunakan untuk kebaikan maka hasilnya akan menguntungkan dan menyenangkan. Namun jika digunakan untuk kemaksiatan maka hasilnya amat buruk sekali dan akan menyusahkan diri sendiri.

Menjadi satu fenomena pada hari ini yang manusia sukar untuk mengawal lisan dengan baik. seringkali tersasar kegunaannya menghasilkan sesuatu yang kita tidak sangka dan kita tidak ingini. Amat beratlah hakikatnya untuk melatih diri kita mengawal lisan dengan baik. Namun ingatlah, hebatnya lisan sehingga mampu mendamaikan. Hebatnya lisan sehingga mampu memporak-perandakan. Hebatnya lisan kerana mampu memulakan persengketaan. Hebatnya lisan kerana mampu memulakan perperangan. Hebatnya lisan kerana mampu meyakinkan. Hebatnya lisan kerana mampu mempengaruhi dan menghasut. Lantas, sangat biasa sekali, manusia dan iman terkalah dengan kehebatan lisan yang barangkali selalu dibantu oleh pujuk rayu syaitan dan yang paling merbahaya musuh di dalam diri manusia itu sendiri (nafsu).

Maka terbukti jugalah betapa dugaan yang bakal timbul dalam satu perhubungan dan persaudaraan kerana setiapnya itu tidak terlepas dari menggunakan lisan sebagai penyatu hubungan. Maka, hendak tidak hendak lisan berpeluang untuk bermaharajalela dan mungkin akan merosakkan hubungan antara saudara jika tidak ditangani dengan baik.

Maka, senarionya begini;

Sememangnya dalam sesuatu persahabatan atau perhubungan yang baik itu dituntut  dalam agama untuk sentiasa berkongsi rasa dan berkongsi hati. Berkaitlah lisan itu untuk membolehkan antara saudara dan sahabat untuk saling memberitahu.

"اذا احب احدكم اخاه فليخبره"
"jika salah seorang daripada kamu menyintai saudaranya maka memberitahulah (berkongsi khabar berita)"
-Diriwayatkan Abu Daud, Tirmidzi, Hakim dan lain-lain

Jadi tidaklah bersalahan dari sisi agama seseorang itu berkongsi khabar dengan sahabatnya, seperti masalah-masalah yang dialaminya dan sebagainya, selagi tidak menceritakan keburukan orang lain, kerana  di situlah lisan yang jahat akan bermain peranan menjerumuskan seseorang itu ke kancah ghibah (mengumpat) yang haram di sisi agama dan berdosa pelakunya. Lalu, disarankan supaya sentiasa berhati-hati dalam berkongsi perkhabaran dengan saudara atau sahabat kita kerana dengan senang sahaja di situ, lisan yang jahat, syaitan dan nafsu akan berusaha menarik kita menuju kekancah kemaksiatan.

Nah! Makin jelaskan tergambar akan bahaya lisan itu terhadap satu-satu perhubungan manusia. Walaupun dalam keadaan kita berniat untuk memenuhi tuntutan agama, tidaklah terhalang usaha syaitan dan nafsu untuk menggoda kita. Kerana itulah, menjadi  satu penyakit yang merebak pada hari ini: pertelingkahan, perbalahan, bertikam lidah dan sebagainya. menjadikan keharmonian dunia semakin terjejas dan semua ini dimulakan oleh lisan yang jahat.

kembali kepada hal yang asalnya tadi. Maka misalnya, berjayalah antara dua orang sahabat atau saudara itu berkongsi sesuatu berita, namun belumlah berakhir cabaran iman dalam persahabatan itu. Kerana sesungguhnya, ujian yang seterusnya menanti, terutamanya kepada si penerima berita. Berita atau khabar yang diterima oleh seseorang itu daripada saudaranya tadi secara langsung menjadi AMANAH yang wajib dijaga oleh si penerima berita. 

"اذا حدث الرجل الحديث ثم التفت فهي امانة"
"jika berkata seorang lelaki suatu perkataan (kepadamu/dan kamu mendengarnya) kemudian dia berlalu pergi maka perkataan itu menjadi satu AMANAH (kepadamu)"
-Diriwayatkan Abu Daud dan Tirmidzi

Maka setentunya AMANAH itu menjadi satu tanggungjawab yang besar kepada seseorang itu, tidaklah wajar dia memberitahu orang lain dengan sewenang-wenangnya.

"الحديث بينكم امانة"
"percakapan di antara kalangan kamu adalah amanah"
-Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya

Namun, sungguh mengecewakan sekali jika kita lihat pada hari ini, manusia ringan sekali mengetepikan amanah. Keaiban orang lain menjadi bahan perbualan dan bahan gurauan ringan sahaja. Tanpa memikirkan betapa walaupun hal dan perkataan yang kecil, sudah mampu menimbulkan perasaan yang malu dan tidak selesa oleh tuan empunya diri. Namun perkara ini menjadi kebiasaan yang kita boleh lihat setiap hari. 

"انما يتجالس المتجالسان بالامانة ولا يحل لأحدهما ان يفشى على صاحبه ما يكره"
"sesungguhnya dua orang yang duduk bercakap-cakap itu  hendaklah disertai dengan amanah. Dan tidak halal bagi salah seorang daripada mereka berdua untuk menghebohkan mengenai saudaranya itu sesuatu yang tidak disenanginya"
-Diriwayatkan Oleh Hakim dan lain-lain

Maka berdosalah, jika seseorang itu menghebohkan, atau memecahkan rahsia, atau memberitahu orang lain, hal-hal atau perkara yang dia ketahui daripada sahabatnya itu. Kerana mungkin akan menimbulkan rasa tidak senang kepada orang ketiga itu atau si empunya berita. Walaupun ayat atau berita seringkas:

"Si anu itu memelihara kucing sehingga tidak terjaga.."
ataupun
"Si anu itu pandai benar memasak mengalahkan perempuan,"
ataupun
"Si anu itu mahu berpindah kerana bla bla bla.."
ataupun
"Si anu itu baru sahaja beli motor"

tetap bukan hak kita untuk menceritakan kepada orang lain kerana ia adalah amanah. Tidak diketahui bagaimana kata-kata yang ringkas itu mampu menimbulkan perasaan yang kurang selesa, lalu mungkin bermasam muka, lalu timbul salah faham dan salah sangka, lalu menghasilkan pertelingkahan lalu perpecahan..na'uzubillah.

Jika terjadinya perkara seperti itu, maka terjerumuslah seorang itu dalam kancah mengadu-domba, yang perihal yang sekian itu telah dikutuk sekeji-kejinya di sisi agama.

"لا يدخل الجنة نمام"
"tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba"
-Bukhari dan Muslim

Apakah itu mengadu domba? Mengadu domba adalah perbuatan membuka sesuatu yang tidak disenangi jika disebarkan. Baik yang tidak merasa senang itu ialah orang yang diceritakan ataupun orang yang ketiga (tuan empunya cerita )... Ataupun mengadu domba itu juga adalah membongkar rahsia atau menyingkap tabir kehormatan mengenai sesuatu yang tidak disenangi untuk dibuka atau dihebohkan.

Jadi, perlulah kita kuat dalam menangani masalah sebegini dan ingatlah, dijanjikan kepada orang-orang yang menjaga amanah saudaranya dan menutup keaiban saudaranya suatu balasan yang setimpal 

"عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من ستر عورة اخيه المسلم ستر الله عورةه يوم القيامة"
Daripada Ibnu Abbas tentang Nabi S.A.W. berkata: barangsiapa menutup keburukan saudaranya yang islam akan Allah tutupkan keburukannya di hari kiamat"
-Diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

Jadi gunakanlah janji ini untuk memberi kekuatan kepada kita untuk sentiasa menjaga keaiban saudara kita. Bahkan yang lebih dituntut di sisi agama itu ialah kita lebih menilai kekurangan dan keaiban diri kita sendiri berbanding kita sibuk menilai buruk baik orang lain. 

"طوبى لمن شغله عيبه عن غيوب الناس"
"berbahagialah bagi siapa yang menyibukkan dirinya dengan keaiban dirinya sendiri daripada dia sibuk dengan keaiban orang lain"
-Diriwayatkan oleh al-Bazzar

Terjadi juga hal seperti ini:

 Seseorang itu merasakan dia begitu mampu untuk menyelesaikan masalah, dia merasakan dirinya begitu bijak menangani apa permasalahan sekalipun, sehingga menjadikan dia seolah suka untuk mengambil tahu masalah saudaranya yang lain, kerana baginya dia mampu untuk menolong menyelesaikan masalah tersebut. Bahkan yang terjadi adalah perlakuannya itu semakin mengeruhkan keadaan dan semakin memecah-belahkan. Dia sanggup mengkhianati sahabatnya yang mengadu sesuatu masalah kepadanya, dengan bertindak sendirian, kononnya untuk membantu menyelesaikan masalah. Hakikatnya, sahabatnya itu merasa dikhianati dengan tindakannya itu, lantas lebih mengeruhkan keadaan.

Terkadang, kita cenderung untuk mengadu masalah kepada seseorang bukannya untuk mencari penyelesaian, tapi sekadar untuk meringankan pemikiran, mencari sahabat yang kita percaya lalu bercerita kepadanya, walaupun pada hakikatnya kita mampu menangani masalah itu sendiri.Pasti akan rasa terkhianat kita, bila sahabat yang kita percaya itu cuba bertindak kononnya untuk menolong kita tanpa pengetahuan kita.
Contoh kejadian:

Ahmad bertelingkah dengan Abu tentang sesuatu hal.
Lalu Abu mengadu kepada Ali kerana dia berasa stress.
Bukan untuk meminta tolong.
Lalu Ali menyangka dia mampu membantu.
Tanpa pengetahuan Abu, Ali pergi berjumpa Ahmad.
Kononnya untuk memujuk mereka berbaik semula.
Akhirnya:
Ahmad terasa dikhianati Abu kerana masalahnya yang kecil, tetapi Abu mengadu kepada Ali tanpa pengetahuannya.
Abu pula terasa dikhianati oleh Ali, kerana Ali bertindak mengikut bijak sendiri dan bertindak dibelakangnya.
Jadi kerana sikap Ali, hubungan Ahmad dan Abu semakin renggang. 
Begitu juga hubungan Abu dan Ali. Abu tidak lagi mempercayai Ali jika berkaitan dengan apa-apa masalah.

Disini yang jelas adalah masalah suka bersangka-sangka. kerana sikap individu yang menyangka dialah yang mampu menyelesaikan segala-galanya, meletakkan orang lain di kedudukan yang tidak selesa. 

"ياءيها الذين امنوا اجتنبوا كثيرا من الظن ان بعض الظن اثم"
"wahai orang-orang yang beriman, jauhkanlah daripada kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa."
-Al-Hujurat:12


Selain daripada itu, antara keburukan lisan yang selalu berlaku adalah suka berbantah-bantah.  Hal ini berlaku kerana sikap manusia yang ego tidak mahu menerima kesalahan diri sendiri. walaupun dalam kalangan orang yang berilmu, sikap berbantah-bantah ini adalah sikap yang sangat buruk. Tidak lagi termasuk dengan betapa kejian Allah terhadap orang yang suka menunjuk-nunjuk ilmunya dan mencari ilmu semata-mata untuk hebat berdebat mengalahkan hujah-hujah lawan yang lain.

Maksud hadis:
"Barangsiapa yang meninggalkan berbantah-bantah dalam keadaan dia salah, maka akan didirikan oleh Allah untuknya sebuah rumah dalam halaman syurga. 
Dan barangsiapa yang meninggalkan bantah-membantah dalam keadaan dia benar, maka didirikan untuknya sebuah rumah di pertengahan syurga.
Dan sesiapa yang baik akhlaknya akan dibinakan untuknya oleh Allah tempat yang tertinggi di syurga."
-Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibnu Majah. 

Maka jauhkanlah diri kita daripada suka berbantah-bantah walau benar pun kita, apatah lagi jika kita salah. Buruklah amat sikap manusia yang suka mencari-cari alasan untuk menutup kesalahan sendiri dan berbantah-bantah.

Jauhkanlah juga diri kita daripada keburukan lisan, suka menghina-hina. Ini berlaku kerana manusia terbiasa dengan kesenangan hidup dan sentiasa merasa dirinya SUPERIOR lalu barangkali dia terasa mampu memperkecil-kecilkan orang lain. Dia lupa untuk meletakkan dirinya ditempat orang lain yang lebih susah dan mengalami kekangan yang tidak pernah dirasakannya. Kata-kata seperti:

"dhaifnya keadaan kamu ini,"
"buruknya rumah kamu ini,"
dan sebagainya.

barangkali dia bangga dengan kelebihan dirinya dan lupa apa yang dia rasa itu adalah milik Allah. Lagi buruklah sikap jika seseorang itu suka mencela sifat zahir manusia kerana secara langsung dia menghina ciptaan Allah. 

"عن ابي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم المسلم اخو المسلم لا يظلمه ولا يجذله و لا يحقره و حسب امرىء من الشرأن 
يحقر اخاه المسلم"
"Daripada Abu Hurairah berkata, berkata rasulullah S.A.W. 
Seorang muslim itu adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya, merendahkannya, dan tidak boleh menghinanya. Cukuplah seseorang itu dianggap sebagai seorang yang buruk apabila dia menghina saudara sesama islam"

Nah! Jelaskan betapa berbahayanya lisan terhadap kehidupan seseorang manusia muslim. Lalu sentiasalah merenung diri kita semoga kita sentiasa diberi pertunjuk oleh Allah dalam mengharungi hidup yang penuh liku ini.

RUMUSAN:

1. Berhati-hatilah dalam berkongsi rasa dan hati dengan orang-orang yang boleh dipercayai sahaja.
2. Setiap perkataan antara dua orang itu adalah amanat yang wajib dijaga.
3. Jauhkanlah diri dari suka mengadu-domba
4. Renungilah keburukan diri sendiri daripada mencari-cari keburukan orang lain.
5. Jauhkanlah daripada suka bersangka-sangka.
6. Jauhkanlah daripada suka berbantah-bantah.
7. Jauhkanlah daripada suka menghina dan mencela.

Friday, June 22, 2012

As Time Goes By, Are We Changing?

Assalamualaikum..
Salam Jumaat everyone..Hope we all are always improving our 'ibadah toward the Al-Mighty Creator. And maybe my entry today can be like some kind of "tazkirah" for all of us. ;-) Just something to make us think.

Okay, the first computer I ever touch was when i was 9. That's about 15 years ago. I remember that because my mom bought it as a present for my eldest brother, because he got straight A's in his UPSR (when he was 12). But we all use it together, even though there was not much to use it for (except we use it to play games). Huh, we all was just so excited because it was something new. Although, it's just an ordinary old fashion desktop at the time, no speaker, no sound and of course no internet connection. I remember I got so happy to watch the beautiful colorful screen saver even, and trust me, i just waited in front of the computer to watched the screen saver and played with the mouse for hours.  

And then, my first handphone ever was when i was 15, I think. It was an old Nokia phone that's actually kind of big in size. And I even bought a used one from a friend. Actually I don't know why I bought it in the first place, because it's actually not a necessary thing for me at that time. Most of my friends don't even have cellphone. So, what I was gonna use it for? Then, not long after that, I change my cellphone to another old Nokia phone that's practically the same.


I think not long after that, I got jealous of my friend who had this brand new phone with "color screen" and "polyphonic" ringtone. I was so amazed by all the cool games that was supported on that phone, which obviously not supported in my stupid cellphone with grey and white screen. So, I begged my mom to buy a new phone for me which of course not easily granted. Only after my PMR examination (when i was 16), which i managed to get quite a lot of A's, and also because i got some money during that year HARI RAYA,  so I managed to buy a new cellphone that has color screen and polyphonic ringtone.( It was Nokia phone, but i forgot how it looked like and what model it was.)

Then, guess what, I got bored already after using it for a month. Maybe because the phone that I owned was a little low leveled than my friend's. So, it didn't support a lot of cool games like my friend's.

Maybe when i was 17, people start to show off  this new phones with real tones. I mean MP3 tones that of course trumped polyphonic tone, made me look at my own phone disgustingly. Haha!!!

But  of course, I managed to get a new phone after that that, which has real MP3 tone. But I was so dumb at that time because the phone didn't even able to play a whole MP3 song which usually 3 to 5 minutes long. it only played for not longer than 10 seconds I think, and it will repeat itself over and over again. Because it didn't has external memory card. It was Motorola, and i forgot how it looked and what model it was also.

I used the Motorola phone for a while until 4 years ago, my mom bought me a new phone because I was going to study in Egypt. so she bought it as a present for me.

It's Nokia, it's crooked, it has an external memory card and of course, it can play MP3 songs for a whole song. I finally smiled with satisfaction... (yeah right)... And oh. it can surf internet too. Haha.
Also, not to mention, my sister bought me a new laptop for me as a present. That was the first time ever i own a laptop of course, 4 years ago. A new phone which can play MP3, and a laptop. I thought that was as lucky as I can get.

#Then, I got to know this person, which turn out not a very good person, then I sold my laptop, then, I live alone,--------------------------------------------------------------long story short, last year, I bought this new Laptop that I am using now, also know how expensive it was (ehem).. And last 2 months, I bought a new phone, which is touchscreen and so modern it will make your head spin. (If you was a cave person of course).



It is a Samsung Galaxy S phone. It got this feature almost like Iphone.

And yes, I don't even know about Ipad until 2 years ago let alone to see one. Now we can see their third generation already. All of them. Samsung Galaxy S (1-3), Ipad (1-3), and I think for Iphone, we are waiting for it's fifth brother now.

I am sure all of you are wondering, what is the big talk "tazkirah" that I mentioned before.. What with all this gibberish talk about phones and computer about?

WELL, THIS IS THE REAL STORY

Don't it ever came to your mind that time around us are moving so fast? That there are so many things that changed but yet we never noticed or care.

Wasn't 15 years ago, the most advanced thing that exist inside our house was a television? Maybe a black and white TV. Or maybe even a radio. There was a time that we don't even know about "internet". Let alone how to use it or even need it. And it's fine for us to live like that at the time.

The thing is, the world is changing so much that almost impossible for us to know how it happened.

From an old Nokia phone with monophonic ringtone and black and white screen-to polyphonic ringtone- to color screen and real MP3 ringtone-to touch screen and internet access- ALL OF THIS. How it's happened? Who's responsible for all of this and do we actually care? Yeah that's what I think. We don't even know,  and of course we don't care. That's how most of us are.

World are changed so much. Technology are evolving everyday. The real question is, HOW MUCH DID WE CHANGE?

We actually live in a luxurious live, because everything is ready for us to use. We just need to buy them. And also we are the most fool one, everything we use and we have, are actually made by others and we don't have the slightest idea about it. So, where can we put ourselves in this whole thing?  

The main Idea that I am pushing here is, there are maybe a single person out there who's responsible for creating polyphonic ringtone from monophonic ringtone.Also there are a single person out there who were able to change a grey and white screen into a color screen. Also, there are a single person out there who can change an ordinary cellphone into a touchscreen one. That's mean, there are a single person out there who managed to change what they do and good at it into a better one. THEY CHANGED SOMETHING TO BE BETTER. They changed their mind to be better and their knowledge to be better. And they are becoming better and better in what they do BECAUSE THEY CAN !! Human can CHANGE. So human can change to be better. So that's mean, WE CAN CHANGE!!!!

And still the question before, HOW MUCH DID WE CHANGE?

Am i reach your brain yet?

Then again, lets think for a moment about ourselves. Time is always moving. We are getting older and older. But how much do we change? Are we changing? If we do, are we changing into better? We need to change guys. trust me.Or we will be left behind.

No one gonna change us except ourselves. lets do at least ONE different thing everyday. For example, if we use our right hand to brush our teeth today, lets use our left hand tomorrow. So, maybe we can trigger our mind to change as well, into a better tomorrow. Lets think differently.