Tuesday, June 12, 2012

IMPIANKU MENJADI PENULIS


Assalamualaikum semua..

Maafkan aku sebab dah lama tak update blog nih. I've been busy sebab sekarang ni musim exam. But now i have some time to kill. Sebab baru jer habis paper yang lepas... so ada gap sikit, boleh lah nak cuba menulis kan? I know, aku still tak ada ramai followers, tapi, tak bermakna aku kena hilang semangat untuk update blog kan? Aku rasa menulis blog ni satu cara yang baik untuk merakam waktu2 dan hari2 dalam hidup kita. Mungkin sekarang blog aku tak berapa menarik sebab hanya ada 12 entri jer, tapi cuba bayangkan 2 ke 3 tahun akan datang. Kalau aku konsisten, insyaAllah blog ni boleh membwa satu kebaikan dan faedah.. pasti ada isi yang boleh memberi manfaat insyaAllah.. Satu lagi, aku rasa blog ni menjadi satu tanggungjawab jugak kepada aku. aku taknak dah buat sesuatu sekerat jalan ( banyak dah benda yang aku buat separuh jalan ) Aku taknak blog ni pun akhirnya berkubur... So, doa-doakanlah aku yer...

Baru-baru ni, aku ada mula mencuba-cuba menulis sesuatu dalam kategori penulisan kreatif ataupun sastera. untuk pengetahuan korang, aku dulu pernah terpilih menyertai Minggu Penulis Remaja (MPR) Bahagian Timur, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka. (cuba belek-belek koleksi sijil tapi tak jumpa untuk bagi korang tengok).
Jadi masa kursus selama seminggu tu, aku belajarlah sikit2 tentang penulisan.  (walaupun majoritinya aku dah lupa apa yang aku belajar) Tapi, minat untuk menulis tu tetap ada walaupun sudah bertahun aku tinggalkan bidang ni. Cumanya aku ada masalah MALAS dan MEMBERI KOMITMEN bila dah mulakan sesuatu penulisan.. Ini yang aku katakan tadi, kerja-kerja aku buat separuh jalan. Suka mulakan sesuatu tapi tak pernah nak siapkan.

Jadi berbalik ke cerita asal, baru-baru ini aku ada mula menulis kembali. sudah siap pun 3 Bab.. tapi penulisanku terbantut seketika dek kerana exam. Ironinya, aku berhenti menulis dalam bidang sastera, tapi aku mula menulis blog ni beberapa minggu jer sebelum exam... (hahaha) tak tahu kenapa... Mungkin sebab tak mahu hilangkan mood menulis kerana terbantut terlalu lama (exam ni dalam 2 bulan juga baru selesai ) jadi aku tulis blog.

Of Course, menulis blog santai macam ni jauh lebih mudah dari menulis penulisan kreatif. Bila kita menulis karya kreatif, kita perlu imbangkan pelbagai aspek supaya karya kita menarik, dari segi isi, gaya bahasa, jalan cerita dan sebagainya (Entri ni bukan nak bagi panduan menulis karya kreatif ).. Jadi setiap ayat yang kita nak tulis perlu diteliti. biar ada kesinambungan, mudah difahami, ada isi yang nak disampaikan dan tak lupa, perlu puitis. 

Guys, i am not telling you all this to gloat okay. percayalah, aku bukan jenis yang suka bangga diri dengan mengatakan aku ni pandai menulis cerpen dan sebagainya. Malah aku malu, sebab karya aku tak pernah siap, dan tak pernah aku hasilkan karya yang boleh dikatakan GEMPAK, dan satu lagi tak pernah pula diterbitkan...(kecuali masa aku tingkatan 4, tahun berapa ek? sajak aku diterbitkan dalam majalah Dewan Siswa. And the easiest RM50 cheque i ever got BTW. Yahooooo) So the reason why aku bagitahu semua ni, untuk  TRIGGER butang dalam otak aku, untuk aku cabar diri aku, supaya aku siapkan juga karya tu walau apa pun terjadi.  Ya, sebab tu aku bagitahu korang, supaya ada perkara yang boleh beri semangat kepada aku untuk menulis (when i told someone that i am doing this, so nanti kalau aku gagal nak siapkan, aku akan rasa malu lah kan. "Marinate with shame") Aku mengharapkan, korang akan bertanya dari masa ke masa "how's your book going?"... ataupun "dah berapa bab siap tulis?" jadi, ada sesuatu yang mengingatkan aku untuk menulis. " Aku mungkin hanya bercakap sorang2 dalam blog ni, tapi apa salahnya berharap, kan?" 

Some people use "deadline" (betul ke aku tulis ni?) atau dalam bahasa melayunya apa ya? tarikh luput? tarikh akhir? alaaa korang bebudak U kat malaysia tu, kan selalu prof cakap suruh hantar "assignment" sebelum tarikh sekian-sekian. Haaa, macam tu lah... salah satu cara nak buat kita motivated untuk menulis.. Tapi aku tak ada "deadline" yang sebenar sebab aku bukan penulis berkontrak. aku boleh buat deadline sendiri ( i did actually, akhir tahun ni mesti siap), tapi, masalahnya aku kurang disiplin.. huhu. Jadi aku harap dengan aku bagitahu dalan blog ni, boleh membantu aku disiplin.

Dalam penulisan kreatif/sastera ada beberapa orang penulis di Malaysia dan luar negara yang influence gaya penulisan aku. Penulis Malaysia seperti Faisal Tehrani dan Fatimah busu, dan luar negara, mestilah J.K. Rowling. Dalam sesuatu karya, aku meneliti gaya bahasa mereka dalam membuat ayat dan kesinambungan isi-isi. Dan bagi aku mereka ini adalah antara yang terbaik. penceritaan yang licin dan tidak membosankan. Huhu, macamlah aku ni terel sangat kan?

yang penting, kalau boleh, doakanlah kejayaan aku yer, dunia akhirat, dan dalam semua aspek... aku rasa ada lagi yang aku nak tulis, tapi rasanya, entri ni dah panjang sangat dah.. nanti aku sambung entri lain..

okay, jumpa nanti...

No comments:

Post a Comment