Wednesday, May 30, 2012

APAKAH KITA INI?

ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH.....

Disebalik pelbagai lagu Kpop yang berkumandang di corong-corong komputer, di sebalik kesibukan kita bermain pelbagai jenis permainan komputer... di sebalik kemewahan kita menjamu selera memenuhi permintaan hawa nafsu... di sebalik keghairahan kita melancong ke sana-sini, kerana fikir kita, kita punya wang. lalu bagi kita, apa yang kita lakukan tiada kena mengena dengan kehidupan orang lain. Dan apa yang berlaku kepada orang lain, tiada pula kaitan dengan hidup kita. Dek kerana kita lupa...Dek kerana kita merasakan dunia ini indah semuanya. selagi ada ruang untuk hati kita lalai, selagi itu kita akan gunakan peluang itu untuk melakukan perkara yang membuat kita lupa kepada Si Pencipta..

Kerana kita sombong, bongkak dan angkuh, dengan segala pencapaian yang kita ada, kita merasakan segala itu adalah hasil titik peluh kita. Dan kita merasakan tiada yang layak merasa nikmat itu, selain daripada kita. Lantas kita lupa untuk bersyukur, kita lupa diri, dan kita lupa kepada segala-galanya. Yang kita fikir hanyalah diri kita. Kita fikir yang STUDY kita adalah penting, KITA fikir dan risau tentang duit KITA. KITA fikir tentang bakal pasangan KITA. Kita fikir tentang pakaian KITA. kITA fikir tentang kemaslahatan diri KITA, kerana bagi kita, tiada yang penting selain DIRI KITA.... 

KITA yang BERPANGKAT, KITA yang Berduit, KITA yang BERILMU, KITAlah segala-galanya....

LANTAS............

KITA pun lupa. KITA LUPA...DAN LUPA... DAN LUPA...

LALU kita TAK ENDAH


Kenalkah kita dengan si budak ini? Yang rasanya begitu kecil untuk sekalipun mengangkat diri sendiri. Apatah lagi memegang senjata dan menjatuhkan satu kerajaan.

sabda RASULULLAH S.A.W.
"لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما بحب لنفسه"

"Tidak akan BERIMANLAH seorang daripada kamu itu, hingga dia menyintai SAUDARANYA sepertimana dia menyintai dirinya sendiri"


Jadi kembali kepada soalan yang asas, APAKAH KITA? 
manusiakah kita? Atau binatangkah kita?
Jikalau kita ini MANUSIA, manusia yang bagaimanakah KITA?

Bergetar sedikitkah hati kita, bila melihat gambar di atas? Atau kita masih risaukan DIUT YURAN pengajian yang belum dibayar? atau kerana kita risau wang di bank kita sudah kering, lalu kita TIDAK ENDAH?

TIDAK cukup pentingkah nyawa SI BUDAK ini, daripada menyelinap ke minda kita untuk kita fikirkan? 
SIAPA kah mereka kepada kita? Bukankah mereka saudara seislam kita? yang telah DITEGASKAN dengan jelas di dalam hadis diatas? 







" anak-anak kecil ini adalah hasil pembunuhan Bashar Al-Asad di Syria. Tentera kejam Bashar pergi ke rumah-rumah untuk membunuh seluruh ahli keluarga. pertama mereka membunuh si ibu, kemudian anak-anak kecil ini dan mereka memaksa si bapa menonton seluruh kejadian kejam itu."

Dimanakah KEMANUSIAAN? DI mana nilai KEMANUSIAAN, keWARASAN, HATI PERUT, akal, PERASAAN simpati?

bukankah mereka hanya kanak-kanak yang tidak berdosa? 

mengapa KEJAM benar orang seperti BASHAR, sehingga sanggup menganjurkan perbuatan yang sekejam ini? Adakah kerana dia LUPA? dia merasakan yang dia PUNYA KUASA, lalu baginya dia mampu lakukan apa sahaja? kerana dia merasakan dialah yang paling berkuasa?


DAN dimana pula KEMANUSIAAN kita? hingga sanggup membiarkan perkara sekejam ini berlaku terhadap saudara kita...
Menitiskah air mata kita melihat gambar2 di atas?
Adakah kita pernah luangkan sekadar seminit, mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara kita di sana? 
cukupkah sekadar kita menukar gambar profile facebook? 

anak-anak ini telah diberi nikmat SHAHID dan bakal menerima nikmat SYURGA setentunya. 
Maka ucaplah ALHAMDULILLAH

kita pula dikurniakan nikmat AMAN dan SEJAHTERA.... maka ucaplah ALHAMDULILLAH

TATAPLAH gambar-gambar ini supaya SUSAH hati kita, TERGANGGU perasaan kita, Biar sedih jiwa kita, 
jangan kita mengelak dari mengambil tahu, kerana tidak layak kita menerima KESENANGAN di akhirat nanti, jika hidup kita di dunia, kita tidak BERSUSAH-SUSAH..

No comments:

Post a Comment