Wednesday, May 30, 2012

APAKAH KITA INI?

ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH.....

Disebalik pelbagai lagu Kpop yang berkumandang di corong-corong komputer, di sebalik kesibukan kita bermain pelbagai jenis permainan komputer... di sebalik kemewahan kita menjamu selera memenuhi permintaan hawa nafsu... di sebalik keghairahan kita melancong ke sana-sini, kerana fikir kita, kita punya wang. lalu bagi kita, apa yang kita lakukan tiada kena mengena dengan kehidupan orang lain. Dan apa yang berlaku kepada orang lain, tiada pula kaitan dengan hidup kita. Dek kerana kita lupa...Dek kerana kita merasakan dunia ini indah semuanya. selagi ada ruang untuk hati kita lalai, selagi itu kita akan gunakan peluang itu untuk melakukan perkara yang membuat kita lupa kepada Si Pencipta..

Kerana kita sombong, bongkak dan angkuh, dengan segala pencapaian yang kita ada, kita merasakan segala itu adalah hasil titik peluh kita. Dan kita merasakan tiada yang layak merasa nikmat itu, selain daripada kita. Lantas kita lupa untuk bersyukur, kita lupa diri, dan kita lupa kepada segala-galanya. Yang kita fikir hanyalah diri kita. Kita fikir yang STUDY kita adalah penting, KITA fikir dan risau tentang duit KITA. KITA fikir tentang bakal pasangan KITA. Kita fikir tentang pakaian KITA. kITA fikir tentang kemaslahatan diri KITA, kerana bagi kita, tiada yang penting selain DIRI KITA.... 

KITA yang BERPANGKAT, KITA yang Berduit, KITA yang BERILMU, KITAlah segala-galanya....

LANTAS............

KITA pun lupa. KITA LUPA...DAN LUPA... DAN LUPA...

LALU kita TAK ENDAH


Kenalkah kita dengan si budak ini? Yang rasanya begitu kecil untuk sekalipun mengangkat diri sendiri. Apatah lagi memegang senjata dan menjatuhkan satu kerajaan.

sabda RASULULLAH S.A.W.
"لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما بحب لنفسه"

"Tidak akan BERIMANLAH seorang daripada kamu itu, hingga dia menyintai SAUDARANYA sepertimana dia menyintai dirinya sendiri"


Jadi kembali kepada soalan yang asas, APAKAH KITA? 
manusiakah kita? Atau binatangkah kita?
Jikalau kita ini MANUSIA, manusia yang bagaimanakah KITA?

Bergetar sedikitkah hati kita, bila melihat gambar di atas? Atau kita masih risaukan DIUT YURAN pengajian yang belum dibayar? atau kerana kita risau wang di bank kita sudah kering, lalu kita TIDAK ENDAH?

TIDAK cukup pentingkah nyawa SI BUDAK ini, daripada menyelinap ke minda kita untuk kita fikirkan? 
SIAPA kah mereka kepada kita? Bukankah mereka saudara seislam kita? yang telah DITEGASKAN dengan jelas di dalam hadis diatas? 







" anak-anak kecil ini adalah hasil pembunuhan Bashar Al-Asad di Syria. Tentera kejam Bashar pergi ke rumah-rumah untuk membunuh seluruh ahli keluarga. pertama mereka membunuh si ibu, kemudian anak-anak kecil ini dan mereka memaksa si bapa menonton seluruh kejadian kejam itu."

Dimanakah KEMANUSIAAN? DI mana nilai KEMANUSIAAN, keWARASAN, HATI PERUT, akal, PERASAAN simpati?

bukankah mereka hanya kanak-kanak yang tidak berdosa? 

mengapa KEJAM benar orang seperti BASHAR, sehingga sanggup menganjurkan perbuatan yang sekejam ini? Adakah kerana dia LUPA? dia merasakan yang dia PUNYA KUASA, lalu baginya dia mampu lakukan apa sahaja? kerana dia merasakan dialah yang paling berkuasa?


DAN dimana pula KEMANUSIAAN kita? hingga sanggup membiarkan perkara sekejam ini berlaku terhadap saudara kita...
Menitiskah air mata kita melihat gambar2 di atas?
Adakah kita pernah luangkan sekadar seminit, mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara kita di sana? 
cukupkah sekadar kita menukar gambar profile facebook? 

anak-anak ini telah diberi nikmat SHAHID dan bakal menerima nikmat SYURGA setentunya. 
Maka ucaplah ALHAMDULILLAH

kita pula dikurniakan nikmat AMAN dan SEJAHTERA.... maka ucaplah ALHAMDULILLAH

TATAPLAH gambar-gambar ini supaya SUSAH hati kita, TERGANGGU perasaan kita, Biar sedih jiwa kita, 
jangan kita mengelak dari mengambil tahu, kerana tidak layak kita menerima KESENANGAN di akhirat nanti, jika hidup kita di dunia, kita tidak BERSUSAH-SUSAH..

Wednesday, May 23, 2012

Egypt Eat Eat Special

Assalamualaikum

Aloohaaaa.... how you doing?  wink wink wink (dengan seksinya)
Kepada pelawat2 blogku... aku sayang sangat kat korang.. and Phoebe kirin salam.. ek ek ek...

just want to upload this pictures of few from my favorite foods yang boleh dijumpai dengan mudahnya di mesir..and buatkan korang drooling and terliur dan terus rasa nak pergi cari dan buat or something.. heheh


1. Pizza:
i know, mungkin pembaca terutamanya pembaca di Malaysia akan cakap yang Pizza bukan specialty di egypt, mungkin korg akan cakap yang pizza kat Malaysia lagi sedap..
okay untuk pengetahuan korang, bagi aku, pizza di mesir berbeza dan special kerana faktor2nya yang murah, sedap, real Italian style (sebab dia guna keju mozzarella, bukan mayonis ) dan sangat senang di dapati di seluruh mesir.. kalau kat malaysia, macam nak cari nasi bungkus jer di gerai2 tepi jalan (macam kedai nasi gulai Makda Limah jer)... Harga pizza yang aku order ni ialah 24 Egyptian Pound lebih kurang RM13.. Murah Kan? Berbanding di Malaysa. dan rasanya memang sedap.. kepada kawan2 di Cairo boleh try cari.. kedai ni di Hayyu Sabik, dekat ngan asrama Negeri Perak. nama kedai Al-Iman... highly recommended... kalau nak try, pergilah cari, jangan mintak aku belanja sudah..


2. Aruz Billaban ( milky rice porridge/ pudding, Puding nasi bersusu )-style tak BI aku?
ni adalah antara dessert (betul ke aku eja nih? maksud aku pencuci mulut bukan padang pasir) yang paling aku suka di mesir.. tapi kena pandai cari jugak kat mana yang sedap. setengah kedai punya tak sedap.. 
apabila disejukkan, sesuai dimakan di musim panas.. huhu.. trylah.. kepada kengkawan di Malaysia, tak dapek aku nak nolong kalau korang teringin.. trylah cari resepi kat google.. ade kot.. bukan susah pun nak buat.. senang jak ni.. "bak kata Aman"

3. Om Ali ( mak ali )-haha
ni pun dessert yang best jugak.. sangat2 best... aku rasa ia diperbuat dari roti, susu, ada kelapa sikit, kacang.. emmm, pastu dibakar.. memang sedap.. boleh try cari resepi kat google kalau org2 malaysia teringin.. memang sedap.. buat makan santai2.....

okaylah... sekian dulu.. dari saya... Adel Noor, melaporkan untuk blabla.... nanti aku try upload2 lagi gambar makanan2 yang best kat mesir ni yer... semoga korang suka....tataaaa

Friday, May 18, 2012

BERITA GEMPAR


ASSALAMUALAIKUM


aku ni saje jer nak update blog... sebab dah lama jugaklah, tak update kan?.. nanti ada orang kata pulak yang aku tulis blog ni "hangat-hangat tahi ayam." 


Sekebasnya "punggung" aku, sebab duduk lama sangat atas tilam ni, kerana tujuan study ku untuk exam.. dan selenguhnya pinggang dan belakang aku yang hampir-hampir nak terpele'ot, sebab lama sangat menahan posture badan seolah-olah supermodel, takde kaitan dengan tajuk atau isi entri yang aku nak tulis, dan tiada pula aral yang melintang....


maka tersebutlah perihalnya,
emmmmm....


macam-macam kisah berlaku di sekeliling kita dan di seluruh dunia.. samada kita tahu atau tidak, samada kita ambil tahu atau tak. samada kita peka atau tak.. 


aku nih, nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada "dunia network" dan "internet" dan macam-macam lagi istilah untuk dunia yang tanpa sempadan nih... sebab, honestly, aku ni sebenarnya, bukanlah manusia yang minat  mambaca akhbar-akhbar online ataupun akhbar-akhbar biasa yang ada di dunia nih.. "its not that i don't care, but it is because i choose to not knowing..."


how do i put this out?


its not that i am insensitive, but maybe because i am too sensitive.. i don't know...


you know, when sometimes, bila korang dapat tahu sesuatu benda yang tak elok tuh, emosi korang jadi terganggu, korang rasa marah, korang rasa sedih..and you just cant get them out of your mind.


i still remember, the first time i watch this video of a little chinese girl being crushed by vehicles over and over again, i spent almost 2 full days cringing every time i recalled that video. it was so traumatic. (aku yakin ramai yang tersalah baca "crying" instead of "cringing")... also i watched this video of two brothers from india, whose been "fitnah" and then been "belasah" sampai diorang lembik, berdarah2, dan nyawa2 ikan,to the point when they being hang alive to death...yeah!! thats right.. how do you feel, korang tengok seseorang yang masih hidup depan mata korang, 3 minit kemudian orang tu mati dengan kejam depan mata korang (honestly video ni ku tak sanggup nak tengok sampai habis)   
AND YOU CANT DO ANYTHING ABOUT IT!!!!!! yeah, that's right... korang hanya mampu menonton.. apa perasaan korang?


yeah! thats why, i choose to not knowing...because i am too sensitive.. i got attach to something so easily...
but still, sebab ada facebook, twitter dan sebagainya, berita2 yang penting dan mustahak, sampai juga ke pengetahuan aku.... 


so sememangnya pun, aku ni agak buta sikit dengan perkembangan semasa... tapi, aku tahu berita2 yang essential even aku last person yang tahu, melalui facebook dan sebagainya..


BERITA BAJET CUTE!!




MESIR. tak berapa lama yang dulu; seekor kucing ditemui pengsan di pinggir sebuah tilam berwarna hijau dekat sini. seorang saksi mengatakan, mangsa pada awalnya kelihatan bergelut dengan sebuah bantal milik seorang manusia.Saksi yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Puan Meriah Kari mengatakan, pergelutan bermula setelah mangsa tidak puas hati dengan bantal tersebut yang lebih besar dan lembut berbanding dirinya. Namun setelah hampir sejam pergelutan, mangsa akhirnya dipenyek oleh bantal tersebut sehingga beliau tidak sedarkan diri. Mangsa sekarang sedang dirawat di Hospital Che Ampuan Fatimah Abu Kasim, namun tiada kecederaan serius dilaporkan.


BERITA LUAR NEGERI






LONDON; entah bila tah; sejarah terbesar dunia perubatan tercatat apabila seekor bayi kucing pelik berjaya dilahirkan. bayi kucing ini dikatakan mempunyai 2 biji mata, 1 hidung, 1 mulut, sepasang telinga dan empat kaki serta yang paling menakjubkan, 1 ekor. menurut pakar OB-GYN lulusan Harvard di sini, Dr. Beyonce, kes kelahiran bayi ini adalah yang paling pelik pernah dialaminya, selain kes seekor panda yang pandai berkungfu di dalam kartun Kungfu Panda.


sekian...

Friday, May 11, 2012

BILA DAH MALAS




NYAMUK GIGIT JARI
orang gemuk tak kuat lari....


kucing menyondol-nyondol 
jom makan dodol


lalalalal lalalal alallaa
liululull lulu lululu uulul

jangan mare......

Monday, May 7, 2012

TERKENANG MASA SILAM

Assalamualaikum....
korang apa khabar? harap sihat selalu..ketika xder mood nak study gini, tetiba rasa nak menulis post baru... sebab just recently, something poped into my head, and i think it is such a great idea...


every now and then, aku kadang2 terkenang masa masih budak2 dulu.. rasa waktu berlalu begitu cepat ek... rasa macam baru semalam semuanya berlaku depan mata.. but the truth is, aku sekarang dah dewasa... 


yes.. masa berlalu begitu cepat... (tetiba rasa sayu dan sedikit sebak)
aku masih ingat, dulu, kat rumah aku hanya ada sebijik DESKTOP.. so, adik beradik semua tunggu giliran nak main game... masih ingat berebut2 nak main game, kadang2 sampai gaduh2. 
ingat lagi dulu suka main, emulator king, game boy advance emuator, dengan adik aku.. masa tu favorie game ape ek? mmm, harvest moon kalau tak silap.. yang korang kena jalan2, pastu tanam2 sayurlah, buah lah.....pastu kena petik, kena jual... game yang cikai2 jer. pastu selalu jer gaduh ngan adik aku, sebab adik aku kat sebelah tengok aku main, asyik dok ajar aku jer.. kena buat gitu kena buat gini.. tensionlah aku... haha...


tapi sekarang, masing2 dah ada laptop sendiri.. mana ada nak rebut2 lagi dah. ko main laptop ko, aku main laptop aku.. lagipun, sekarang ni nak jumpa pun susah dah.. masing2 dok study.. dah masing2 dok jauh... aku dok egypt, adik aku dok india, abang2 ngan kakak dok malaysia. nak balik setahun sekali pun belum tentu..
bila balik kadang2 pun tak jumpa... and macam2 lagi..


tulah, bila kadang2 teringat waktu2 macam ni rasa rindu pulak zaman kecik2... dulu, masa kita kecik, dengan adik-beradik agaknya benci dan menyampah.. selalu jer gaduh2.. tapi bila dah tua2 gini, ingat2 balik rasa rindu.. tak gitu? 


aku sebenornyer bukan nak cerita sangat pasal nih, aku nak tulis pasal benda lain sebenarnya.. tapi tetiba panjang lebar pulak jadinya..


aku sebenarnya nak cerita pasal ni hah, KOMIK-KOMIK yang aku baca masa kecik2 dulu.. komik2 yang bila aku baca, aku akan teringat zaman2 dulu. 




this comic is the reason why i write this entry at the first place...
but i had the hardest time remembering it, the figure of the character doing kungfu stance just poped into my mind, and i was like, "what is this comic?"  
I am not gonna tell you how many time i googled to find what is the name of this comic. the only time i remember i was reading it only, when my eldest brother used to compare the characters which one is the strongest. akhirnya jumpa jugak tadi.. komik ni, memang agak memberi memori kat aku ( walaupun aku tak ingat even nama karakter) :-p




aaaa... komik ni bagi aku adalah komik yang paling aku suka sepanjang masa...kalau korang perasan, komik ni, pelukis dia, adalah sama dengan pelukis komik dragon ball.... 
tapi bagi aku, aku lagi suka komik nih sebab komik nih sangat AWESOME!!!
cerita dia adalah pasal sorang saintis, dia cipta sebuah robot budak perempuan nih, kalau tak silap aku nama dia ARALE... aku pun tak ingat... pastu dia macam anggap robot ni anak dia arr....pastu ada lagi seorang watak budak perempuan yang ada sayap dan boleh terbang.... haha... jalan cerita komik nih, memang tak masuk akal... it was like the MOTHER OF CRAP that you can ever imagine... sebab tu bagi aku komik nih AWESOME... ITS LIKE CREATING A NEW FANTASY WORLD.. best best




ni satu lagi komik yang aku baca masa budak2.. just buku pasal martial art.. suka tumbuk2 gaduh2 bla bla bla kat sekolah, kat gelanggang bla bla bla pasal persatuan bla bla
kalau tak silap aku watak utama dia nama Kotaro...


Where were we just now?


sapelah tak suka dan tak kenal DORAEMON kan....
nak aku cerita gak ker komik nih pasal ape? hah?  O_o


and last but not least




DRAGON BALL.. aku rasa, 2-3 tahun gak yer aku baca komik nih... sebelum dia punya anime kartun tersiar kat tv 2.... dulu, sampai nak terponteng2 sekolah sebab nak tengok citer nih... huhu


okay.. aku harap, korang pun teringat2 zaman dulu2 bila baca entri nih...
apa kata korang kongsi pulak komik2 kegemaran korang kat comment box KAT BAWAH? 


OKAY... SEKIAN TERIMA KASIH..

Sunday, May 6, 2012

HAPPY tapi GERAM


HAPPY
                                           Lihat wajahku yang berseri-seri setelah mengamalkan 
                                                      krim Pear And Lobli selama 2 minggu


assalamualaikum korang...
alhamdulillah dah selesai EXAM pertama.. TAPI ada cerita di sebaliknya... 


bila pergi exam tadi, sebahagian daripada kami (minoriti) dibenarkan pulang tanpa menjawab kertas EXAM sebab, golongan MINORITI ini yang telah pun mengambil kertas tersebut pada tahun lepas (AL-QURAN)
jadi kami tak perlu ambil lagi exam tersebut untuk tahun nih...


Jadi aku pun sangat2 happy sebab, to tell the truth, memang KURANG bersedia. jadi bila tahu xperlu jawab exam, memang rasa happy sangat2...


                                                                          GERAM
wuuuu BENGKEM nya!!!
                                                                                                  

haha ;-)


cumanya, ada SEDIKIT  rasa geram dan kesal, sebab tak tahu awal-awal.. even Prof. Dr. Syeikh Anas Aboushady (doktor quran dan subjek2 agama kitorang) pun baru tahu tadi jer. maknanya dia pun tak tahu sebelum nih... jadi xboleh dah nak buat apa...


aku geram bukan apa... kalau tahu awal boleh aku tumpukan subjek yang lebih HARDCORE, xlah buang masa (bukan maksud aku yang hafal QURAN ni buang masa) tapi maksudnya, sebab sekarang ni masa dah sangat genting... jadi kena utamakan yang lagi UTAMA (sekali lagi, bukan maksud aku MEDIK lagi utama dari QURAN- *korang faham kan?) hihi


ANYWAY..... still aku HAPPY.....


                           (ada gaya model tak?..kan aku cakap aku memang photogenic ihik!!) ;-p


apa-apa pun... hari ni punya cerita dah selesai.. so, kita kena tengok hari esok plak kan? 


JADI


semoga kawan-kawan yang sama2 menempuhi EXAM teruskan usaha yang cemerlang... semoga semua MUMTAZ...walaupun aku mungkin nampak kurang mesra kat luar, namun korang tetap ada dalam hati aku (sob sob)-touching


okay.. tata dulu!



Saturday, May 5, 2012

TENGAH TENSION NIH!!!

assalamualaikum semua...


korang ape khabar?? aku MEMANG tengah tension sekarang nih.. UMMM.... sebabnya esok aku start EXAM... uh uh.. otak dah agak cramp... banyak lagi hafal...


umm..bila masa-masa tengah tension gini, aku suka jumpa kawan aku...PHOEBE...  so aku mintak phoebe nyanyi sebuah lagu untuk aku.. :-)


Phoebe sings:


"Now grandma's a person who everyone likes
She brought you a train and a bright shiny bike
But lately she hasn't been coming to dinner
And last time you saw her she looked so much thinner.
Now your mom and your dad said she moved to Peru,
But the truth is she died and someday you will too
La-la-la-la-la..."





for you guys information, Phoebe is the most funny and amazing girl i ever met.. and she is my friend (wink) (wink).. bila dengar phoebe nyanyi nih. rasa terhibur sikit hati yang tengah nervous nih... huhu


anyway aku mengucapkan SELAMAT MENEMPUHI EXAM KEPADA KAWAN-KAWAN.. semoga Allah bersama kita...sama2 usaha, sama2 doa, sama2 tawakkal... Okay? (SOB. SOB,)



Thursday, May 3, 2012

ALAHAI.. RINDUNYA KAT DIA

ummm... korang mesti faham kan macam mana kalau dilamun rindu? waaahhh... Kontroversi sangat tajuk entry aku kali ni kan? ala biasalah aku.. HOT STUFF!!!  ;-) huhu
sebelom korang tergelak2 sorang2, baik aku cerita benda sebenar,

aku sebenarnya tengah rindukan budak ni.. budak mucuk


huhu.. tomei tak? comel tak tangan aku tu ( bak kata tuan kucing ni kat aku, tangan aku yang SHREK tu...)
down aku :-(

anyway, budak mucuk ni nama  dia Nasya or Sasya... bajet supermodel jer... jangan haraplah boleh lawan aku yang DIVA nih.. haha..  kucing ni kucing kawan aku... nakal and jahat nak mampos. tak reti duduk diam.. tak padan ngan bulu yang macam lalang tu.. taknak dia, kalau orang nak pegang-pegang manja-manja... dia gigit dia cakar macam gilos.... abih kulit2 tangan aku yang putih dan mulus nih... haha :p

anyway, rindu pulak aser, sebab minggu lepas bermalam rumah tuan dia. pastu bila time tido dia selalu gak dok ngan aku.. suka kaco org tido. nanti nak gi lah umah dia..

aku ni memang suka kucing kalau korang nak tahu.. nanti aku buat entry tentang Mimi dan Tobi milik Si Afash , katanya ada beli kucing baru lagi.. nanti nak gi melawat umah diorang buat Nasonal Jograpi kejap sane.. mehehemoh hemoh hemoh.. 

okay... tattaaaa tutuuuuu

Yang Benar
adel noor

Umm, Nak Gambor!!

Salam lagi korang... huhu.. harap-harap kekal lah kot aku semangat menulis entry setiap hari... harap-harap tak jadi hangat-hangat taik ayam.

just nak bagitahu korang... aku ni sebenarnya, dari kecik memang family aku macam tak semangat sangat nak ambik-ambik gambar untuk buat-buat kenangan. Even time raya, or someone's birthday. aku dulu pernah jugak cakap kat mak aku

"ma, belilah kamera. boleh buat tangkap-tangkap gambar. buat kenangan.."
mak aku cakap
"alah buat apa? tak penting sangat pun..."

so, memang dari kecil, minat nak ambik-ambik gambar nih takde dalam diri. kecuali kakak aku ngan adik aku, diorang memang semangat ambik gambar. adik aku siap ada blog lagi hah Al-Akhyar pasal photography... umm.. anyway, nak citer. aku memang xde sangat koleksi gambar-gambar kenangan untuk diupload untuk korang semua tengok.

tapi InsyaAllah lah, aku akan perbanyakkan ambik gambar pasni... kata nak jadi blogger berjaya kan? mestilah kena banyak ambik gambar. upload gambar segala kan? (tetiba rasa bosan ngan ayat2 sendiri)

huhu

hari tu, aku ada tepon mama aku di tanah air, nak mintak restu dia nak beli kamera yang canggih2 sikit... pada masa yang sama nak mintak sponsorlah sekali kan? berikut perbualan yang berlangsung:

"ma, adel nak beli kamera ni.. nak tulis blog.." kataku
"tulis blog? apekebende tu?" tanya mak aku.. so aku explain bla bla bla
pastu dia kata
"ooo, beli lah kalo nak beli. tapi jangan mintak duit mama yek.."kata mama
"lah, orang cakap ni sebab nak mintak duit lah.." balasku
"eeehehehe x boleh mintak x boleh mintak..."

aisehmen.. x berjaya misi aku hari tu.. anyway i manage jer kalau setakat nak snap-snap gambar aku yang memang NO DOUBT photogenic nih. guna kamera handphone pun boleh wat cover majalah kot.. huhu

                                                                          O_o

ambik ko.. siap ada effect lagi.. huh hu (malunya aku)

okay tataaaaa titi tutuuuu.... tattuuu

PERANGAI HUDOH bahagian 1

Salam semua.. aku sebenarnya tengah ngantuk nak tidur.. tapi tak berapa nak lena sebab fikiran menerawang.. hati pulak tetiba rasa resah tak tahu naper..dok fikir yang bukan-bukan. terus hilang keghairahan nak tidur... agaknya dah dekat sangat nak exam kot......

anyway, tangan ni tiba-tiba rajin pulak nak menyeketch (perkataan asal sketch) guna program "paint" jer pun sebab baru dapat idea untuk post baru.. almaklumlah tengah agak excited nak tulis blog nih... (nak tulis perkataan "excited" pun ragu-ragu sebab kepala tengah berat sangat nih)

korang baca dah kan tajuk di atas kan? haaa tuan-tuan... itulah perihalnya (tiba-tiba)
sebenarnya idea datang atas pengalaman dok jumpa ramai orangg..dok berkenalan ngan macam-macam orang, dok berkawan ngan macam-macam orang. jadi macam-macamlah perangai kita jumpa... ada yang taraf kawan baik, ada yang taraf kawan rapat, ada yang sampai taraf bespren (BFF you!) haaa, tapi perangai yang tak elok tu tetap ada gak...opkos laa, nobody perfect kan. bak kata pepatah kucing hitam berlari-lari, mana nak sama dengan tupai yang melompat....  O_o ummmm

where were we just now????

so kita pergi ke PERANGAI yang pertama ni..

1. SUKA MENYANGKAL KATA-KATA KAWAN WALAUPUN TIDAK PERLU.




pengalaman ni pernah berlaku kat aku banyak kali jugak. :-( kadang-kadang bila kita tengah susah hati, tengah marah, so kita pergi ke kawan baik kita untuk mengadu dan untuk "consolation", untuk tenangkan hati kita... tapi kawan baik kita tu keluarkan atau lemparkan ayat2 berikut kat kita:

" salah kau jugak.. kau tu bla bla bla"

"memang bukan macam tu ker? bukan ko yang buat tak betul?"

" agaknya ko salah dengar/nampak kot..."

haaa.... kita dahlah memang tengah PANAS makin di tuang MINYAK pulak. lagilah panas. KAN? tak gitu? my point is, memang kadang2 kita pun tersalah marah kat orang tanpa kita sedar. jadi si kawan kita ni, agaknya taknak HIPOKRIT, so dia terus terang... mmmm,
Bagi aku, apa salahnya kita setuju jer dengan apa yang dicakap oleh kawan kita yang tengah mengadu kat kita tu... atleast biar orang tu bertenang dulu.. jangan terus nak tembak jer. biar orang tu bertenang dulu, barulah cakap kalau nak terus terang pun atas dasar nasihat. jangan sebab kita nak tunjuk BIJAK hati kawan kita terasa.. kawan kita jadi jauh hati... tak gitu?

kejadian ni pernah jadi kat aku.. jauh hati jugaklah aku jadinya kat orang tuh.. tapi takdelah sampai putus kawan.. amboi, ganas bebenor... cumanya, aku akan jadi makin jauh hati, bila orang yang taknak HIPOKRIT tadi, orang yang sama jugak tak boleh terima bila orang tak HIPOKRIT kat dia.. seolah-olah dia  jer yang betul... so orang macam ni bagi aku boleh GO TO !@$@! (Tapi dalam hati jer.. aku ni kalau nak marah tak lama pun.. bila orang tu buat baik kat aku, belanja KFC ker, tetiba aku tak marah dah kat dia : p)

huhu... okay... it's getting interesting.. kan?  -sekali aku yang syok sendiri-
kita pergi pula ke PERANGAI yang kedua iaitu

2. BUAT SALAH TAKNAK NGAKU (WALAU NAMPAK ORANG LAIN DIPERSALAHKAN)


yang ni memang nak cari nahas HUFF HUFF!!! korang nampak tak asap yang tengah keluar dari telinga aku ni? dahlah pale aku tengah pening sekarang nih... ececeh, garang plak kan.

gini, peristiwa gini pun penah berlaku kat diri aku. penah berlaku gak masa muda-muda dulu (huhu, macamlah dah tua sangat)

masa tu waktu maghrib. abang aku tgh tengok tv kat kawasan pakaian (mesti korang pelik kan, kenapa tetiba ada tv plak kat kawasan pakaian ).. kebetulan masa tu aku baru lepas mandi, nak gi ambik pakaian la... sekali tetiba mak aku datang kat kawasan tu.. memang pantang dia kalau orang bukak tv waktu maghrib. dia cakap " hah!!! bukak tv maghrib2 ni. bla bla bla semayang bla bla bla gi masjid bla bla bla"
mak aku tengking kat aku. padahal bukan aku pun yang tengok tv tu. abang aku...

pastu korang tahu apa abang aku buat? dia siap nyorok lagi belakang almari lagi... bertuah punya abang. pastu yang tak tahan tu, siap bagi isyarat kat aku suruh aku jangan bagitahu mak aku.. (dia letak jari telunjuk kat mulut, pastu buat bunyi ssshhhh) kurang ajor betul... sian aku kena marah... :-( tapi aku biar jerlah (padaha tak bertegur ngan abang aku setahun) hehe gurau jer

tu just contoh ceritalah supaya korang paham... harap2 korang terhibur... just buat suka2 dan ambik teladan selagi boleh.. kan? tak gitu? (macam opah-opah dah aku rasa)

okaylah budak-budak.. cukuplah dulu untuk post nih...

okay uols.. tataaaaa




Wednesday, May 2, 2012

Siapa aku? Hihi....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Mungkin antara kamu semua ada yang dah kenal kita.. hihi... Rasa tak sesuailah pula guna "kita", tersentuh bahagian feminin dalam diriku...


Oklah... nama aku Adel Noor, seorang "penyanyi" terkenal di youtube... :'(  (tetiba rasa sedih, bila teringat nombor "viewers" ku yang tak bergerak-gerak )... huhu.. Anyway, korang boleh cuba taip la kat youtube Adel Noor, kalau korang semua nak tahu macam mana muka aku, handsome ke tak, lawa ke tak, comel ke tak... huhu... :'(   Tetiba rasa sedih lagi...


Idea nak tulis blog sebenarnya telah lama berkeliaran di benak minda, sebab memang dari dulu minat untuk menulis tu dah ada... Aku memang ada bakat pun dalam penulisan sebenarnya.. hahah ;-) ... ooohhh, teringat pulak, nanti kalau aku ada idea nak tulis cerpen ke puisi, nanti boleh aku post kat sini kan? huhu


lagi satu, maafkan aku wahai guru-guru BAHASA MELAYU dan SASTERA ku serta mentor-mentor PENULISANku, kerana aku tidak mengekalkan ciri-ciri tatabahasa yang SEBETULNYA salam penulisan blog ni. Bukan apa, aku nak orang bila baca blog ni, bukan macam baca surat khabar.. Ayat-ayat yang terlalu "serius", takut nanti cepat bosan...


hehe... Sempena post yang pertama ni, aku nak letak satu video aku tengah nyanyi-nyanyi sikit... huah ha ha.. Video ni dah lama.. Tapi untuk tujuan pengenalan dan hiburan semata-mata, bolehlah korang tengok muka aku yang "cute" tu.. mueh hah ha ha..... : (    tetiba sedih lagi




Aku rasa cukuplah dulu kot untuk post pertama ni... bak kata aku dalam video di atas INSYALLAH... Kalau panjang hayatku, akan aku sambung menulis lagi post-post yang menarik dalam blog nih... WEH, blog ni baru jer  rasmi mula.. kan? Bak kata pepatah, perjalanan 1000 langkah, bermula dengan SATU langkah pertama, dan berdirinya aku di sini bla bla bla bla .... O_o


Ohhhh... satu lagi, aku ada teka-teki untuk korang semua... Siapa Phoebe?  JENG JENG JENG....JEEEEEENNGGGG (slightly higher pitch)


TATAAAAA!!!!!!!