Wednesday, May 23, 2012

Egypt Eat Eat Special

Assalamualaikum

Aloohaaaa.... how you doing?  wink wink wink (dengan seksinya)
Kepada pelawat2 blogku... aku sayang sangat kat korang.. and Phoebe kirin salam.. ek ek ek...

just want to upload this pictures of few from my favorite foods yang boleh dijumpai dengan mudahnya di mesir..and buatkan korang drooling and terliur dan terus rasa nak pergi cari dan buat or something.. heheh


1. Pizza:
i know, mungkin pembaca terutamanya pembaca di Malaysia akan cakap yang Pizza bukan specialty di egypt, mungkin korg akan cakap yang pizza kat Malaysia lagi sedap..
okay untuk pengetahuan korang, bagi aku, pizza di mesir berbeza dan special kerana faktor2nya yang murah, sedap, real Italian style (sebab dia guna keju mozzarella, bukan mayonis ) dan sangat senang di dapati di seluruh mesir.. kalau kat malaysia, macam nak cari nasi bungkus jer di gerai2 tepi jalan (macam kedai nasi gulai Makda Limah jer)... Harga pizza yang aku order ni ialah 24 Egyptian Pound lebih kurang RM13.. Murah Kan? Berbanding di Malaysa. dan rasanya memang sedap.. kepada kawan2 di Cairo boleh try cari.. kedai ni di Hayyu Sabik, dekat ngan asrama Negeri Perak. nama kedai Al-Iman... highly recommended... kalau nak try, pergilah cari, jangan mintak aku belanja sudah..


2. Aruz Billaban ( milky rice porridge/ pudding, Puding nasi bersusu )-style tak BI aku?
ni adalah antara dessert (betul ke aku eja nih? maksud aku pencuci mulut bukan padang pasir) yang paling aku suka di mesir.. tapi kena pandai cari jugak kat mana yang sedap. setengah kedai punya tak sedap.. 
apabila disejukkan, sesuai dimakan di musim panas.. huhu.. trylah.. kepada kengkawan di Malaysia, tak dapek aku nak nolong kalau korang teringin.. trylah cari resepi kat google.. ade kot.. bukan susah pun nak buat.. senang jak ni.. "bak kata Aman"

3. Om Ali ( mak ali )-haha
ni pun dessert yang best jugak.. sangat2 best... aku rasa ia diperbuat dari roti, susu, ada kelapa sikit, kacang.. emmm, pastu dibakar.. memang sedap.. boleh try cari resepi kat google kalau org2 malaysia teringin.. memang sedap.. buat makan santai2.....

okaylah... sekian dulu.. dari saya... Adel Noor, melaporkan untuk blabla.... nanti aku try upload2 lagi gambar makanan2 yang best kat mesir ni yer... semoga korang suka....tataaaa

No comments:

Post a Comment