Wednesday, May 2, 2012

Siapa aku? Hihi....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Mungkin antara kamu semua ada yang dah kenal kita.. hihi... Rasa tak sesuailah pula guna "kita", tersentuh bahagian feminin dalam diriku...


Oklah... nama aku Adel Noor, seorang "penyanyi" terkenal di youtube... :'(  (tetiba rasa sedih, bila teringat nombor "viewers" ku yang tak bergerak-gerak )... huhu.. Anyway, korang boleh cuba taip la kat youtube Adel Noor, kalau korang semua nak tahu macam mana muka aku, handsome ke tak, lawa ke tak, comel ke tak... huhu... :'(   Tetiba rasa sedih lagi...


Idea nak tulis blog sebenarnya telah lama berkeliaran di benak minda, sebab memang dari dulu minat untuk menulis tu dah ada... Aku memang ada bakat pun dalam penulisan sebenarnya.. hahah ;-) ... ooohhh, teringat pulak, nanti kalau aku ada idea nak tulis cerpen ke puisi, nanti boleh aku post kat sini kan? huhu


lagi satu, maafkan aku wahai guru-guru BAHASA MELAYU dan SASTERA ku serta mentor-mentor PENULISANku, kerana aku tidak mengekalkan ciri-ciri tatabahasa yang SEBETULNYA salam penulisan blog ni. Bukan apa, aku nak orang bila baca blog ni, bukan macam baca surat khabar.. Ayat-ayat yang terlalu "serius", takut nanti cepat bosan...


hehe... Sempena post yang pertama ni, aku nak letak satu video aku tengah nyanyi-nyanyi sikit... huah ha ha.. Video ni dah lama.. Tapi untuk tujuan pengenalan dan hiburan semata-mata, bolehlah korang tengok muka aku yang "cute" tu.. mueh hah ha ha..... : (    tetiba sedih lagi




Aku rasa cukuplah dulu kot untuk post pertama ni... bak kata aku dalam video di atas INSYALLAH... Kalau panjang hayatku, akan aku sambung menulis lagi post-post yang menarik dalam blog nih... WEH, blog ni baru jer  rasmi mula.. kan? Bak kata pepatah, perjalanan 1000 langkah, bermula dengan SATU langkah pertama, dan berdirinya aku di sini bla bla bla bla .... O_o


Ohhhh... satu lagi, aku ada teka-teki untuk korang semua... Siapa Phoebe?  JENG JENG JENG....JEEEEEENNGGGG (slightly higher pitch)


TATAAAAA!!!!!!!

No comments:

Post a Comment